Categories: Hiburan

Pak Mat Western Viral Tawar Nasi Lemak 90 Sen, Raih Perhatian Netizen

Pak Mat Western yang terkenal dengan produk kambing perap ini telah tawarkan menu nasi lemak dengan harga 90 sen je!

Bila pihak kerajaan melancarkan inisiatif Menu Rahmah, Pak Mat Western Cafe cawangan Pulau Pinang juga menyahut sokongan dengan menawarkan menu nasi lemak dengan harga serendah 90 sen.

Tawaran tak masuk akal itu viral sehingga meraih perhatian netizen kerana angka sen tersebut tidak padan dengan saiz hidangan yang mereka sediakan.

Baca juga: “Untung ke jual RM1?” – Netizen Persoal Peniaga Jual Nasi Lemak Murah Tepi Jalan

Menurut Nurina Izz Zayani, Ketua Pegawai Strategi PMW Group berkata, dengan harga 90 sen itu, pengunjung boleh menikmati bahagian nasi yang banyak, separuh biji telur rebus, ikan bilis, dan sambal.

Promosi Sejak Dua Bulan Lalu

Nurina juga mnegatakan bahawa promosi tersebut bukan gimik semata-mata, malah sambutan juga amat mengalakkan dan pelanggan juga datang dari pelbagai kaum.

“Ini antara usaha dan ihsan kami meraikan semua lapisan masyarakat untuk sama-sama menikmati rezeki menerusi nasi lemak. Ia juga lebih kepada cara kami bersedekah dengan berkongsi rezeki menerusi tawaran harga semurah ini.

“Lagipun kelompok masyarakat yang datang ke premis makanan kami berbeza latar belakang. Ada golongan pelajar yang mungkin selama ini mengikat perut tumpang gembira dengan tawaran harga itu.

“Ada juga golongan bekerja yang kesempitan atau kekurangan wang masih boleh menikmati menu ini dengan harga bajet. Kita tahu ekonomi sekarang, ada yang tengah bulan sudah sangkut nak bayar itu ini. Uruskan persekolahan anak lagi. Termasuklah golongan seperti ‘rider’ atau penghantar makanan,” katanya.

Ada Set Sarapan RM2

Bukan itu sahaja, kafe ini juga menawarkan set sarapan pagi berharga RM2 yang boleh dinikmati tanpa perlu mengikat perut.

Selain nasi lemak promosi ditawarkan, premis itu selama ini menawarkan Nasi Lemak Lamb, Nasi Lemak Chicken Chop dan Nasi Lemak Meatball yang turut menjadi kegemaran.


Pat Mat, nanti buka cawangan dalam Selangor pula tau, jenuh nak ke Penang semata nak merasa nasi lemak 90 sen tu..huhuhu


Sumber: Berita Harian

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

2 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

2 days ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

2 days ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

2 days ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

2 days ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

2 days ago