oblong ramly

Baru-baru ini, Khairul Aming memuat naik sebuah video yang memaparkan resipi burger menggunakan daging oblong jenama Ramly.

Trending di media sosial berkenaan dengan resipi burger ‘prosperity’ ala-ala restoran makan segera yang dikongsikan oleh pengaruh terkenal, Khairul Aming.

Mengingatkan bahawa gerakan boikot terhadap restoran makanan segera sedang berlaku, masyarakat diajak untuk mencuba resipi mudah ini.

Baca juga: Ayam Bakar Kewpie Cara Khairul Aming, Perap Guna 4 Bahan Je

Menariknya, video tersebut mendapat sambutan hangat sehingga stok daging oblong jenama Ramly dilaporkan habis di pasaran.

Walaupun stok daging Ramly baru saja diisi semula oleh staf pasar raya, namun ia telah habis dengan segera.

oblong ramly

Sementara itu, pihak cawangan tersebut turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul, serta mengucapkan terima kasih kepada pelhttps://myresipi.com/khairul-aming-sambal-nyet/anggan setia mereka.

Dalam ruangan komen, ramai netizen terkesan dengan perkembangan tersebut dan mengesyorkan Khairul Aming untuk membuka restoran sendiri.

“Jika Khairul Aming membuka kedai sendiri, pasti restoran makanan segera lain tutup,” kata Ricky.

“Ini memang seorang ‘influencer’ sejati, hebat betul pilihan resipi McMing,” tambah Wani.


RESIPI BURGER MCMING GUNA DAGING OBLONG RAMLY

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar butter
  • 1 ulas bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • Cendawan
  • 51 sudu tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu sos tiram
  • Sedikit kicap manis
  • 1 kiub pati lembu
  • 2 sudu besar lada hitam ditumbuk
  • 2 ketul daging burger oblong
  • Roti burger panjang/oblong

Cara sediakan sos lada hitam:

  1. Cairkan dua sudu butter.
  2. Masukkan satu biji bawang Holland yang dipotong dadau, tiga ulas bawang putih dan cendawan.
  3. Tumiskan sehingga naik bau dan berwarna keperangan.
  4. Kemudian tambah satu sudu tepung gandum. Kacau sehingga warna tumisan lebih keperangan.
  5. Masukkan satu setengah cawan air.
  6. Tambahkan dua sudu sos tiram dan sedikit kicap manis supaya warnanya sedikit gelap.
  7. Tambah satu kiub pati lembu dan dua sudu lada hitam yang ditumbuk sendiri.
  8. Selepas siap dimasak, kisarkan semua bahan dan tumiskan sekali lagi.

Cara sediakan daging dan roti oblong:

  1. Goreng daging sehingga garing di luar.
  2. Roti dibelah dua dan disapu butter. Panggang seketika sehingga bertukar warna keperangan.
  3. Apabila sudah masak, celupkan ke dalam sos lada hitam yang telah dimasak.
  4. Kemudian, susunlah daging oblong tadi bersama hirisan bawang Holland dan sos.
@khairulaming

Resipi burger ala prosperity. Boleh cuba buat sendiri kat rumah, senang jeee and sedap 😋 #makanlokal #foodtok #foodfestontiktok

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming


Hingga kini, video resipi McMing telah mendapat lebih 5.5 juta tontonan dan 248,892 ribu tanda suka sejak dimuat naik seminggu lalu.

Sumber: Khairul Aming, Meanwhile In Malaysia

Baca juga: Khairul Aming Beri Penjelasan Ekoran Pembungkusan Sambal Nyet ‘Leaking’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN