Sebut saja nama Khairul Aming, pasti ramai yang sudah mengenali ikon muda yang menjadi inspirasi ramai ini.
Baru-baru ini, video yang dimuat naik di media sosial mengenai percutiannya di London dan Paris telah meraih perhatian netizen.
Salah satu video yang menarik perhatian adalah berkenaan satu kafe terkemuka yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong di sana.
Menerusi video tersebut, beliau memesan roti croissant dan air coklat panas. Beliau juga sempat menikmati macaroon yang dijual di salah satu bakeri di sana.
Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen mendakwa makanan yang dimakan oleh Khairul Aming tidak halal dan menasihati supaya lebih berhati-hati memilih tempat makan di sana.
Dalam pada itu, netizen yang lebih berpengalaman tentang selok-belok makanan di Eropah berkata makanan seperti roti biasanya tidak mengandungi bahan tidak halal atau bahan berasaskan daging. Jadi, makanan paling ‘selamat’ untuk dimakan adalah roti jika berada di luar negara.
Mengakhiri video tersebut, Khairulaming menzahirkan rasa terima kasih kepada peminat Sambal Nyet yang sentiasa memberi sokongan kepada produknya itu kerana tanpa sokongan mereka, tidak mungkin beliau dapat menjejakkan kaki ke bandar Paris dan London.