nasi tomato ayam lebanon

Jika anda mencari hidangan yang menggabungkan rasa rempah ratus, cubalah resipi nasi tomato ayam lebanon versi Chef Wan ini. Dihidangkan bersama ayam ala Timur Tengah yang berempah serta enak, pasti akan menaikkan selera anda!

Selain itu, tambahkan sedikit saffron yang direndam dalam air untuk memberi warna dan rasa eksklusif pada nasi. Nasi ini juga lebih lazat jika dimakan bersama sambal atau acar timun sebagai pelengkap.

Jom baca resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Resipi Pancake Anti-Gagal & Elok Kejadiannya, Lembut Bak Kapas!

RESIPI NASI TOMATO AYAM LEBANON

Bahan-bahan:

  • 2kg ayam yang dipotong kepada 8 bahagian
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil serbuk buah pala
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar ‘all spice’
  • 1 sudu besar Paprika atau serbuk cili
  • Garam
  • Minyak masak
  • 55g mentega
  • 85g kacang badam
  • 3 bawang besar (dihiris halus)
  • 4 ulas bawang putih (dipotong halus)
  • 3cm kayu manis
  • 6 buah pelaga
  • 2 helai daun salam
  • 2 sudu besar puri tomato
  • 1 tin buah tomato
  • 1L stok ayam yang panas
  • 3 helai daun ketumbar (dihiris)
  • 1/4 cawan kismis
  • 4 cawan Beras Sultan Basmathi 1121 (dibasuh dan ditos)

Cara Memasak

1. Rendam Beras Sultan Basmathi 1121 selama 30 minit.

2. Perap ayam bersama bawang putih, serbuk buah pala, serbuk kayu manis, serbuk lada hitam, serbuk ‘all spice’, paprika, sedikit minyak masak dan garam selama sekurang-kurangnya 30 minit.

3. Panaskan mentega bersama minyak masak dan masukkan bawang besar, kayu manis, buah pelaga dan daun salam sehingga keperang-perangan.

4. Goreng ayam sehingga 3/4 masak dan kemudian masukkan kismis, kacang badam, puri tomato dan 1 tin buah tomato.

5. Apabila ayam hampir masak, masukkan 3/4 stok ayam dan Beras Sultan Basmathi 1121.

6. Rasa dahulu masakan dan tambah garam jika perlu.

7. Masak di atas api yang sederhana sehingga nasi masak sepenuhnya.

8. Hiaskan dengan sedikit daun ketumbar, kacang badam dan bawang goreng.

Selamat mencuba!

Sumber: Era Foods MY

Baca lagi: Kek Marjerin Semudah 5 Langkah, Mak-Mak Lagi Suka Versi Cantik Begini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN