Nasi lemak simple sememangnya menjadi pilihan ramai kerana mudah disediakan, namun tetap mampu menghasilkan hidangan yang enak dan mengenyangkan. Menariknya, ada satu resipi warisan keluarga yang menggunakan teknik tradisional sehingga menjadikan nasi lebih harum dan sambalnya cukup membangkitkan selera.
Menerusi perkongsian Norwati Aziz di Facebook, beliau berkongsi resipi nasi lemak peninggalan arwah ibunya yang masih menjadi kegemaran keluarga. Walaupun menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan sambal tanpa belacan, hasilnya tetap sedap, beraroma dan sesuai dijadikan menu sarapan mahupun makan malam.
Baca juga: Tauhu Berlauk Kukus Yang Gebu Dan Padat Isi, Makan Tanpa Nasi Pun Tetap Kenyang!
Bahan-bahan nasi:
Bahan-bahan ibu sambal:
Bahan-bahan sambal:
Cara penyediaan:
Cara memasak nasi:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan hirisan halia, bawang merah, bawang putih, serai, daun pandan dan rempah empat sekawan sehingga naik bau.
3. Masukkan beras yang telah dicuci bersama santan dan garam.
4. Masak seperti biasa sehingga nasi masak sempurna.
Cara membuat ibu sambal:
1. Satukan cili kisar, bawang besar dan gula.
2. Tumis sehingga sambal benar-benar pecah minyak.
3. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
4. Simpan di dalam peti sejuk untuk kegunaan pada bila-bila masa.
Cara memasak sambal:
1. Tumiskan hirisan bawang merah sehingga layu.
2. Masukkan ibu sambal dan kacau hingga sebati.
3. Masukkan udang dan biarkan sehingga air udang sedikit kering.
4. Tambahkan air asam jawa.
5. Masak sehingga sambal pekat dan mesra bersama udang.
Tips buat nasi lemak simple lebih sedap
Dengan beberapa petua ringkas ini, nasi lemak simple bukan sahaja menjadi lebih mudah disediakan, malah aroma nasi dan keenakan sambalnya juga mampu mengingatkan kita kepada resipi tradisional yang diwarisi daripada air tangan ibu.
Selamat mencuba!
Sumber: Norwati Aziz
Baca juga: Roti Goreng Telur Sardin Lagi Rangup Bila Guna Bancuhan Ini, Patutlah Ramai Simpan Resipinya
Mini cheese tart sesuai dijadikan hidangan untuk pelbagai majlis seperti jamuan sekolah, sambutan hari jadi…
Ikan keli memang sedap dimasak sambal, berlada atau digoreng garing. Namun, sebelum boleh menikmati hidangan…
Kalau suka makan agar-agar yang lembut, cantik dan mempunyai lapisan warna berbeza, boleh cuba resepi…
Resepi nasi briyani ayam mungkin nampak agak rumit untuk disediakan kerana mempunyai beberapa lapisan dan…
Cara buat kentang wedges menggunakan air fryer sesuai dicuba bagi mereka yang ingin menyediakan snek…
Pernah cuba rebus ikan terlebih dahulu sebelum menggorengnya? Rupanya, ada cara tersendiri untuk menyediakan ikan…