
Roti goreng telur sardin memang antara menu yang sentiasa menjadi pilihan untuk sarapan atau minum petang. Selain mudah disediakan, gabungan roti yang rangup bersama inti sardin yang berlemak memang cukup mengenyangkan dan digemari seisi keluarga.
Menariknya, seorang pengguna Facebook, Dhia Nadia, berkongsi bancuhan tepung yang digunakan untuk menghasilkan salutan lebih garing, tidak mudah lembik dan kekal sedap walaupun sudah sejuk. Tidak hairanlah ramai yang menyimpan resipi ini untuk dijadikan menu kegemaran di rumah.
Baca juga: Resepi Apam Balik Simple Yang Gebu Dan Lembut, Sesuai Untuk Sarapan Atau Minum Petang
RESIPI ROTI GORENG TELUR SARDIN

Bahan-bahan:
Untuk inti:
- Roti sandwich secukupnya
- 1 tin sardin
- Bawang besar (dipotong dadu halus)
- Cili merah atau cili hijau (jika suka)
- Sedikit garam dan serbuk perasa (jika perlu)
– Gaulkan isi sardin bersama bawang dan cili sehingga sebati. Letakkan inti di atas sekeping roti, kemudian tutup dengan sekeping lagi roti dan tekan bahagian tepi supaya kemas.
Untuk bancuhan salutan:
- 1 cawan tepung beras
- ½ cawan tepung jagung
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu makan gula
- 1 biji telur
- 1 sudu makan air kapur
- 1 sudu makan marjerin yang dicairkan ketika masih panas
- Sedikit pewarna kuning telur
- Air secukupnya
Cara-cara Penyediaan:
1. Satukan semua bahan bancuhan ke dalam mangkuk.
2. Kacau hingga semua bahan sebati.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat bancuhan yang sederhana pekat.
4. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat supaya salutan melekat dengan baik pada roti.
5. Celupkan roti yang telah diisi sardin ke dalam bancuhan sehingga bersalut rata.
6. Panaskan minyak secukupnya.
7. Goreng roti goreng telur sardin menggunakan api sederhana sehingga bertukar warna keemasan.
8. Angkat dan toskan sebelum dihidangkan ketika masih panas.
Tips Roti Goreng Telur Sardin Lebih Rangup
- Gunakan minyak yang benar-benar panas sebelum mula menggoreng.
- Jangan buat bancuhan terlalu cair kerana salutan mudah tertanggal ketika digoreng.
- Air kapur membantu menghasilkan salutan yang lebih garing dan tahan rangup lebih lama.
- Marjerin cair memberi aroma yang lebih wangi serta menjadikan salutan lebih sedap.
- Goreng menggunakan api sederhana supaya bahagian luar rangup, manakala inti kekal lembut.
- Toskan di atas rak atau tisu dapur bagi mengurangkan lebihan minyak.
- Hidangkan roti goreng telur sardin bersama sos cili atau mayonis untuk rasa yang lebih lazat.
Jika anda sedang mencari idea menu yang ringkas tetapi mengenyangkan, roti goreng telur sardin ini memang berbaloi untuk dicuba. Dengan bancuhan tepung yang dikongsikan ini, hasil gorengan lebih rangup di luar, lembut di dalam dan pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Dhia Nadia
Baca juga: Cara Buat Lempeng Gulung Yang Lembut Setiap Masa, Sesuai Untuk Sarapan Dan Minum Petang
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














