
Mencari cara menyimpan beras supaya tahan lama dan bebas bubuk serta kutu? Rahsianya mudah, hanya guna bawang putih dan botol simpanan kering. Kaedah ini terbukti berkesan, beras kekal segar dengan rasa dan tekstur sama seperti baru beli.
Kaedah ini juga jimat dan semula jadi. Dengan langkah mudah yang dikongsi oleh Cahaya Qaseh, anda boleh simpan beras untuk tempoh lebih lama tanpa risau beras rosak atau berulat.
Baca juga: Cara Masak Beras Wangi Supaya Nasi Kekal Gebu, Sedap & Aromanya Memikat Setiap Kali
CARA MENYIMPAN BERAS TANPA BUBUK DAN KUTU

Bahan-bahan:
- Beras (mengikut kapasiti botol)
- Bawang putih segar (2 ulas setiap lapisan)
- Botol simpanan kering (botol air mineral lama)
Cara-cara penyediaan:
1. Pastikan botol kering sepenuhnya, kelembapan boleh buat beras cepat rosak atau berulat.
2. Masukkan 2 ulas bawang putih ke dalam botol dahulu.
3. Tambahkan 3 cawan beras.
4. Letak semula 2 ulas bawang putih, kemudian tambah beras lagi sehingga botol hampir penuh.
5. Ulang langkah ini sehingga botol penuh.
6. Bahagian atas botol wajib diletakkan 2 ulas bawang putih sebelum ditutup rapat.
7. Tutup botol dengan kemas, simpan di tempat kering, sejuk dan jauh dari cahaya matahari.
Tips Tambahan
- Bawang putih bertindak sebagai penghalang semula jadi untuk bubuk dan kutu beras.
- Sentiasa gunakan botol kering sebelum tambah beras baru.
- Untuk aroma dan perlindungan tambahan, boleh tambah daun pandan kering bersama bawang putih.
- Tandakan tarikh prep supaya mudah gunakan beras lama dahulu.
Kelebihan Cara Ini
- Beras bebas bubuk dan kutu
- Rasa dan tekstur sama seperti baru beli
- Guna bahan semula jadi sahaja, mudah dan jimat
Dengan cara mudah ini, anda boleh simpan beras lama tanpa risau bubuk atau kutu. Cubalah teknik semula jadi ini dan nikmati beras yang kekal segar setiap kali dimasak!
Semoga bermanfaat!
Sumber: Cahaya Qaseh
Baca juga: Cara Hilangkan Kutu Beras Paling Cepat, Tak Sampai 5 Minit Habis Satu Keturunan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














