Kadang kala kita makan nasi lemak yang terlalu lembik atau tidak masak sekata sekaligus buatkan kita merasa turn off untuk meneruskan makan. Hanya orang tertentu sahaja yang boleh memasak nasi lemak yang lembut dan sedap.
MyResipi ingin kongsikan tip oleh Jauharatuddini Taib menerusi laman media sosial Facebook jika menanak nasi lemak menggunakan periuk nasi secara sempurna dan pasti menjadi.
Baca juga: Petua Hilangkan Kesan Kuning Pada ‘Blender’, Segala Jenis Bau Pun Hilang!
PETUA NASI LEMAK YANG LEMBUT & BERDERAI
1. Rendam beras sebelum masak.
Satu cara untuk memastikan nasi lemak menjadi lembut adalah dengan merendamkan beras sebelum memasaknya. Setelah dibasuh, rendam beras selama kira-kira 10 minit. Kemudian, toskan dan masak seperti biasa.
2. Elak nasi lemak mentah dalam periuk nasi.
Cara memasak nasi lemak menggunakan periuk nasi tidak berbeza dengan menanak di atas api. Sesetengah ada yang mencampurkan terus bersama santan dan halia, daun pandan dan garam.
Disarankan untuk menambah sedikit air berbanding memasak nasi biasa. Sekiranya nasi tidak masak sepenuhnya walaupun butang ‘cook’ telah bertukar kepada ‘warm’, anda boleh ikut langkah-langkah ini:
- Pertama, campurkan sedikit nasi tersebut, kemudian letakkan sebuah cawan berisi air panas yang dicampur sedikit garam ke dalam periuk nasi. Tutup semula periuk nasi dan biarkan selama 10-20 minit.
- Kacau nasi kemudian ambil daun pisang atau plastik dan tutup bahagian atas nasi. Tambahkan sedikit air dan biarkan untuk sedikit masa dalam mod ‘warm’.
- Selain daripada cara-cara diatas, anda juga boleh mengukus semula nasi tersebut menggunakan alat pengukus.
3. Petua nasi lemak lembut.
Satu tip untuk memasak nasi lemak yang lembut adalah dengan mencampurkan sedikit minyak masak atau marjerin ke dalam nasi. Anda boleh menambahkannya awal-awal atau semasa nasi hampir kering.
Tip kedua adalah dengan menggunakan halia yang dipotong kecil sebesar ibu jari. Anda boleh mengamalkan kedua-dua cara ini untuk mendapatkan tekstur nasi yang cantik, lembut, dan berderai. Namun, elakkan daripada menggaulkan nasi terlalu banyak semasa memasak.
4. Supaya nasi lemak wangi dan harum.
Biasanya, daun pandan diikat dan dimasukkan ke dalam rice cooker. Namun, jika ingin mencuba sesuatu yang unik, anda boleh meremeskan daun pandan dan menggunakan patinya untuk dimasukkan ke dalam nasi lemak yang sedang dimasak.
Selain itu, anda juga boleh menambahkan beberapa batang serai untuk menambahkan lagi aroma yang harum.
Selamat mencuba!
Sumber: Jauharatuddini Taib
Baca juga: Guna Minyak Atau Air? Ini Tip Bawang Kisar Tahan Lama & Tak Cepat Berkulat