
Hari Raya Aidiladha semakin dekat, pasti ramai mula merancang menu untuk sambutan yang penuh bermakna ini. Selain hidangan daging korban, tak lengkap rasanya tanpa Nasi Impit Kuah Kacang.
Menu klasik seperti Nasi Impit Kuah Kacang ini sangat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan tetamu kerana bukan saja ringkas, malah rasanya tetap menyelerakan.
Noriza Awang Hamat telah kongsikan resipi lengkap untuk buat Nasi Impit Kuah Kacang di Facebook yang sesuai sangat dinikmati pada musim perayaan. Jom kita cuba!
Baca juga: Cara Rebus Nasi Impit Cepat & Jimat Gas, Sesuai Untuk Hari Raya Atau Kenduri!
RESIPI NASI IMPIT KUAH KACANG

Bahan-bahan untuk nasi impit:
- 1 cawan beras
- 3 cawan air
- Sedikit garam
- 1 helai daun pandan
- 2 sudu besar minyak masak
Cara-cara membuat nasi impit:
1. Cuci beras dengan bersih, kemudian masukkan air, daun pandan disimpul, sedikit garam dan minyak masak.
2. Masak seperti masak nasi biasa. Selagi nasi belum kering, jangan dikacau lagi.
3. Apabila nasi masak dan betul-betul kering, baru dilenyek semasa nasi panas-panas.
4. Alas bekas dengan daun pisang, kemudian masukkan nasi yang siap dilenyek tadi.
5. Balut bagi kemas, kemudian tindih dengan apa-apa barang yang berat supaya nasi impit jadi cantik.

Bahan-bahan untuk kuah kacang:
- 2 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak, kemudian buang kulit dan dikisar kasar)
- Lengkuas besar ibu jari (diketuk)
- 3 batang serai (diketuk)
- 1 sudu teh jintan putih (ditumbuk)
- Santan dari sebiji kelapa (ambil santan pekat saja)
- 3 keping nisan atau gula Melaka
- 4 sudu besar gula pasir
- Sedikit garam
Bahan kisar untuk kuah kacang:
- 5 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- Cili kering yang siap direbus terlebih dahulu

Cara-cara membuat kuah kacang:
1. Panaskan periuk, kemudian masukkan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar tadi sampai pecah minyak.
2. Masukkan gula Melaka dan jintan putih, kacau sampai sebati kemudian masukkan serai, lengkuas dan gula pasir.
3. Setelah sebati, masukkan santan pekat, kacang tanah dan sedikit garam, kemudian masak sampai pekat dan pecah minyak.
Jika anda sedang mencari menu tradisional yang mudah, sedap dan sesuai untuk sambutan Hari Raya, resipi Nasi Impit Kuah Kacang ini memang pilihan terbaik. Setelah makan, pasti tak berhenti nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Noriza Awang Hamat
Baca juga: Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














