Nasi impit dan sate tak lengkap dihidangkan tanpa kuah kacang. Kali ini, kami nak kongsikan resepi Kuah Kacang sedap yang hasilnya mampu membuatkan selera anda terangkat.

Kuah Kacang merupakan sos atau kuah yang diperbuat daripada kacang tanah, biasanya digoreng atau disangai dahulu, kemudian dikisar dan dimasak bersama bahan-bahan lain.

Kami terjumpa perkongsian oleh Ibu Ayyash di Lemon8 tentang cara buat Kuah Kacang yang diperoleh daripada jirannya yang berniaga sate lebih 35 tahun. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Bakar Sate Ayam Paling Mudah Guna Oven, Tengok Hasilnya Memang Berbaloi

RESEPI KUAH KACANG SEDAP

resepi kuah kacang sedap

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng kacang tanah sampai masak, angkat dan letak tepi.

2. Selepas itu, goreng bahan bertanda (*) dan angkat setelah layu.

3. Kemudian, kisar bahan bertanda (*).

4. Panaskan 1½ senduk minyak masak dan masukkan semua bahan bertanda (*), serai, asam keping, gula dan garam.

5. Kemudian, masak sampai pecah minyak dan masukkan kacang.

6. Tambahkan ½ cawan air atau mengikut kepekatan yang dimahukan.

7. Akhir sekali, masak sampai mendidih dan warna kuah kacang bertukar cantik. Siap untuk dihidang!

resepi kuah kacang sedap

Sebagai tambahan tips untuk selaraskan kepekatan kuahnya, anda boleh tambahkan biskut marie dalam resepi Kuah Kacang sedap ini. Jika ada nasi impit dan sate, mesti terliur nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Ibu Ayyash

Baca juga: Resepi Kuah Kacang Simple, Sesuai Kalau Nak Cepat Waktu Raya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending