cara rebus nasi impit

Apabila sudah hampir musim perayaan, salah satu makanan wajib atas meja semestinya nasi impit. Kali ini, kami akan kongsikan cara rebus nasi impit yang cepat dan jimat gas di rumah.

Tak kisahlah nak makan dengan kuah kacang, rendang atau lontong, tapi memang tak lengkap sesuatu hidangan itu tanpa nasi impit. Tapi, ramai yang malas nak rebus sebab lambat siap.

Sebenarnya, ada cara lebih cepat, mudah dan jimat gas walaupun hanya menggunakan periuk biasa. Dengan cara oleh Ummifz Disini di Facebook, anda pasti akan puas hati dengan hasilnya.

Baca juga: Cara Buat Nasi Impit Guna Plastik Aiskrim, Lebih Mudah Potong!

CARA REBUS NASI IMPIT CEPAT DAN JIMAT GAS

cara rebus nasi impit

1. Mula-mula, panaskan air sampai betul-betul mendidih terlebih dahulu. Sementara itu, basuh pek nasi impit dan toskan.

2. Apabila sudah mendidih, baru masukkan nasi impit (jangan masukkan awal sangat ya).

3. Selepas itu, rebus lebih kurang dalam 10 minit.

cara rebus nasi impit

4. Kemudian, tutup api dan biarkan saja dalam periuk bertutup selama 30 minit (pastikan jangan usik).

5. Apabila sudah cukup masa, rebus balik dalam 10 hingga 15 minit sampai anda puas hati dengan kelembutannya.

6. Akhir sekali, toskan air sampai kering. Cara ini penting supaya nasi impit tahan lama dan tak cepat basi. Siap untuk digunakan!

Cara rebus nasi impit ini sangat sesuai untuk mereka yang nak masak dalam kuantiti banyak atau sesiapa saja yang nak cepat siap. Bukan saja jimat gas, malah hasilnya lembut dan sedap.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Ummifz Disini

Baca juga: Lebihan Nasi Impit Jangan Dibuang, Boleh Buat Nasi Impit Goreng Daging Yang Sedap

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN