Nasi goreng daging memang sesuai dijadikan menu untuk sarapan pagi, petang ataupun malam. Kalau di kedai tomyam itu, memang kena order menu ini.

Tapi, untuk hari ini apa kata anda cuba pula resipi oleh Cik Puan Asmida Asman yang dikongsikan di laman Facebook.

Resipinya sangat mudah dan bahan-bahan juga senang untuk dicari.

Jom kita tengok.

Baca juga: Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style, Rangup Dan Pedasnya Serasi!

RESIPI NASI GORENG DAGING

Bahan-bahan tumbuk kasar:

  • Cili kering secukupnya
  • Cili padi merah dan hijau
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Belacan
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan-bahan lain:

  • Daging
  • 1 mangkuk besar nasi
  • Kacang panjang (digoreng)
  • Ikan bilis (digoreng)
  • Sedikit kicap manis
  • Minyak masak

Cara memasak:

1.  Rebus daging sehingga empuk, kemudian hiris nipis kecil-kecil.

2.  Hiris nipis bawang besar dan bawang putih, potong kecil kacang panjang. Jika ada lobak merah, boleh juga masukkan sekali.

3. Sediakan 1 mangkuk besar nasi.

4.  Gunakan minyak lebihan goreng ikan bilis untuk menumis hirisan bawang besar dan bawang putih sehingga agak garing.

5. Masukkan bahan tumbuk kasar tadi ke dalam tumisan dan masak sehingga garing. Tambahkan sedikit kicap manis.

6. Masukkan daging yang telah dihiris dan gaul sekata.

7. Masukkan nasi dan kacau rata dengan semua bahan tadi.

8. Masukkan kacang panjang dan ikan bilis goreng. Kacang panjang perlu digoreng dulu dengan minyak yang betul-betul panas untuk sekejap sahaja, kemudian toskan minyak. Ini akan memastikan warna kacang panjang kekal hijau dan rasanya tetap sedap walaupun sudah sejuk.

9. Nasi goreng daging anda kini sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Asmida Asman

Baca juga: Kek Minyak Paling Mudah Guna Periuk Nasi, Hasil Gerenti Lembut!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN