Pernah cuba Nasi Goreng Butter Salmon? Memang sedap dengan rasa berlemak dari butter dan salmon serta pedas-pedas manja dari cili merah kisar ini.
Baca juga: Pistachio Crusted Salmon, Bakar 6 Minit Je Guna Air Fryer!
Hidangan ini diinspirasikan dari nasi goreng ala jepun kerana menggunakan isi salmon sebagai bahan rencah. Cuma kita ‘adjust’ sedikit dengan meletakkan cili kisar supaya sesuai dengan tekak melayu.
Kaedah nak memasak pun mudah untuk diikuti. Tumis seperti nasi goreng yang biasa kita buat dan walla, siap!
Ikuti resipi dari perkongsian @adikfoods dari laman TikTok ini yang sudah meraih tontonan sehingga 300k ini. Memang menarik untuk dicuba!
Sedap dengan rasa lemak dari butter dan salmon serta rasa pedas-pedas manja dari cabai merah besor. Kome nak rasa pedas menyengat letak lebih cabai burung. Sayur boleh guna sayur Baby Spinach atau sayur hijau yang lain. Moh le buat!
Bahan-bahan:
Bahan kisar:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, goreng dahulu isi ikan salmon dengan minyak zaitun. Tos dan ketepikan.
2. Kemudian, cairkan butter dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
3. Bila dah mula terbit minyak, masukkan telur dan scrambble kan ia.
4. Masukkan nasi putih semalaman dan kacau bagi sebati. Boleh masukkan bahan perasa.
5. Goreng sehingga nasi itu nampak berasap-asap. Masa ini dah boleh masukkan sayur rencah iaitu baby spinach.
6. Akhir sekali, masukkan isi salmon yang sudah digoreng tadi. Gaul bagi sebati.
7. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidang.
Video penuh:
@adikfoods Adik’s Nasi Goreng Butter Salmon. Sedap dengan rasa lemak dari butter dan salmon serta rasa pedas-pedas manja dari cabai merah besor. Kome nak rasa pedas menyengat letak lebih cabai burung. Sayur boleh guna sayur Baby Spinach atau sayur hijau yang lain. Moh le buat! . ⏯ Kredit lagu : Giorno Di Mercato . 🅱️Bahan-bahan 4 cawan nasi 2 keping ikan Salmon – potong dadu, buang tulang 250g Baby Spinach 3 biji telur Serbuk lada hitam / putih Garam dan Perasa kegemaran ▪️ Bahan Kisar 5 biji cili merah besar 5 biji cili padi 5 ulas bawang putih 1 biji bawang besar merah #FoodFestOnTikTok #friedrice #salmon #makanlokal #tiktokmy #tiktokindonesia #tiktokmalaysia #tiktoksingapore #tiktokbrunei #fyp #fypシ #foryourpage #foryou #masak #makan #resep #reseptiktok #adikfoods #adikfoodsrecipe
Selamat mencuba resipi Nasi Goreng Butter Salmon ini.
Baca juga: Resipi Salmon With Creamy Lemon Sauce, Mudah Dan Sedap!
Nasi daging antara hidangan yang cukup popular, terutama ketika kenduri dan majlis istimewa. Nasi yang…
Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…
Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…
Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…
Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…
Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…