nasi ambeng johor

Jika anda lahir di Johor dan berketurunan Jawa, pasti suka makan Nasi Ambeng Johor yang kesedapannya tak dinafikan lagi. Makan satu hidangan saja, sudah cukup mengenyangkan.

Nasi Ambeng adalah masakan Jawa popular terutama dalam masyarakat Melayu di Malaysia iaitu Selangor dan Johor. Bahkan, hidangan ini turut popular di Indonesia dan Singapura.

Buat anda yang teringin makan Nasi Ambeng Johor, boleh ikut resipi oleh Norma Yusri di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Nasi Hujan Panas Beraroma, Cantik Dan Lembut Terlerai Kejadiannya

RESIPI NASI AMBENG JOHOR

nasi ambeng johor

Bahan-bahan ayam kicap:

  • Ayam
  • Kunyit
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Cengkih
  • Serai
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Asam keping
  • Kicap
  • Gula
  • Garam
  • Air secukupnya

Bahan-bahan serunding kelapa:

  • Kelapa parut
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Cili kering
  • Ketumbar
  • Jintan putih
  • Jintan hitam
  • 4 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • Daun limau purut

Bahan-bahan mee goreng simple:

  • Mee kuning
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • 6 batang cili kering
  • 1 sudu kicap
  • Tauge atau daun kucai
  • Gula
  • Garam

Bahan-bahan sambal goreng jawa atau sayur goreng:

  • Kacang panjang
  • Lobak merah
  • Cili merah
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Suhun
  • Tauhu kering
  • Tauhu putih
  • Tempe
  • Garam

Cara-cara memasak ayam kicap:

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng separuh masak dan ketepikan.

2. Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas.

3. Tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih dengan serai yang diketuk bersama bahan tumbuk tadi sampai naik bau.

4. Masukkan sos cili, sos tiram dan sedikit air.

5. Masukkan ayam dan asam keping sekeping, kemudian letak kicap dan sedikit air.

6. Terus tutup dengan tudung periuk bagi ayam betul-betul masak dan mesra dengan kuah, kemudian perasakan dengan gula dan garam. Siap!

Cara-cara memasak serunding kelapa:

1. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, cili kering, ketumbar, jintan hitam, jintan putih sampai hancur.

2. Terus masukkan dalam kelapa parut dan letak gula bersama garam, kemudian gaul rata.

3. Letak atas dapur dan goreng sampai kering, kemudian masukkan daun limau purut semasa masak supaya bau wangi. Siap!

Cara-cara memasak mee goreng simple:

1. Basuh dan toskan mee kuning.

2. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering sampai hancur.

3. Tumis sampai pecah minyak dan masukkan kicap.

4. Setelah naik bau, masukkan mee bersama tauge atau daun kucai, kemudian perasakan gula dan garam. Siap!

Cara-cara memasak sambal goreng jawa atau sayur goreng:

1. Hiris halus kacang panjang, lobak merah, cili merah, bawang merah dan bawang putih.

2. Rendam suhun dan tauhu kering sampai lembut dan toskan.

3. Potong dadu tauhu dan tempe, goreng dan ketepikan.

4. Tumis bawang merah dan bawang putih, kemudian masukkan kacang panjang dan lobak merah.

5. Letak air sedikit supaya empuk dan masukkan semua sayur lain, kemudian goreng sampai masak dan perasakan dengan garam. Siap!

nasi ambeng johor

Jangan lupa untuk hidangkan Nasi Ambeng Johor ini bersama ikan kering yang sedap supaya bertambah kelazatannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Norma Yusri

Baca juga: Cara Buat Nasi Ayam Simple Di Rumah, Sedap Sampai Nak ‘Repeat’ Lagi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN