PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-07-20 09:39:40

Bila kena duduk jauh dari mak ayah ni mula laa nak rindu masakan mak kat rumah kan? Lagi – lagi bila mak buat pulut, cecah pulak dengan rendang… fuhh rindunyaa!

Sekarang ni dah ada cara paling senang untuk masak pulut, guna rice cooker je! Cepat pulak tu. Haa jom tengok perkongsian dari Ya Norma untuk cara-caranya.

 

Bahan-bahan:

  • 2 cawan pulut

  • 2 cawan air panas

  • 1 cawan santan

  • 1 sudu besar minyak masak

  • 1 sudu kecil garam

 

Cara-cara:

1. Mula-mula, basuhkan beras pulut dengan teliti

Kredit: Sushi Maker

2. Kemudian masukkan 2 cawan air panas tadi bersama santan, minyak masak dan garam ke dalam rice cooker. Jangan lupa tekan tombol untuk memasak

Kredit: Shutter Stock

3. Buka penutup rice cooker bila nampak wap panas keluar untuk elakkan pulut jadi berketul.  

Kredit: Simply Katie

4. Biarkan sampai pulut betul-betul masak

Kredit: Ya Norma

Siaapp untuk dihidang! 

Kredit: Ya Norma

Sekejap je nak buat kan? Boleh la buat makan-makan dengan kawan-kawan kat rumah sewa! Selamat mencuba! 

*Tips ini dikongsikan oleh Ya Norma dari Facebook

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN