Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang individu ini mempersoalkan tahap kesegaran sushi RM1 yang dijual di pasar malam atau gerai tepi jalan.
Menurut pengguna terbabit, sushi yang dijual murah itu dan tak segar menjadikan rasanya tidak sedap untuk dimakan.
UNPOPULAR OPINION – Sushi pasar malam tak sedap sebab tak fresh. Kau bayangkan terdedah pada bahang api gerai sate sebelah, manusia lalu-lalang, dengan lampu spotlight panas. Rasa tak payah ceritalah memang out. Asal dan jer kau jual seketul seringgit. Don’t fight me. pic.twitter.com/thGxh9Wceu
— MIMI ASMARA 🪲 (@WVGIF) June 15, 2022
Tinjauan di ruangan komen, beberapa netizen juga menyokong dengan pandangan tersebut, malah ada yang menggelarnya sushi RM1 itu sebagai nasi impit berlauk.
Baca juga: Pertama Kali Makan Sushi, Ramai Yang Boleh ‘Relate’ Lihat Reaksi Lelaki Ini
Ada juga yang mengatakan yang sushi tidak patut dijual dan dihidang dalam keadaan cuaca panas kerana akan membuatkan makanan tersebut cepat basi dan berbau hanyir.
Pandangan netizen:
Dalam pada itu, ada juga netizen yang tidak menyokong kenyataan individu tersebut dan berpendapat sushi RM1 itulah dapat beri peluang kepada mereka yang tidak mampu untuk makan di restoran Jepun dan sekali-sekala dapat merasai sushi tersebut.
Bagi min, tak salah jika ingin menyatakan pendapat jika ingin buat penambahbaikan agar peniaga dapat menjaga kualiti makanan, tetapi jangan sampai menghina orang yang tidak berkemampuan.