air soda herbs

Air soda herbs mula viral di laman sosial pada 2016 dahulu. Sehingga kini, ramai orang masih tidak ketinggalan untuk mencuba setiap kali bulan Ramadan.

Rasa air ini memang sedap, segar, manis dan masam. Kalau minum ketika berbuka selepas seharian menahan dahaga, nikmatnya memang tak boleh nak ungkap. 

Ramadan kali ini, apa kata jom cuba buat air viral ini untuk berbuka nanti. Dijamin dapat sejukkan tekak dan satu badan anda!

Baca juga: Air Blue Lemonade, Minuman Yang Menyegarkan Ketika Ramadan, Ikut Resipi Mudah Ini

Resipi Air Soda Herbs Penyejuk Tekak

Bahan-bahan:

  • Aiskrim soda
  • Laici
  • Asam boi
  • Daun pudina
  • Lemon
  • Serai

air soda herbs

Cara-cara:

1. Cuci bersih daun pudina dan serai. Kemudian ketuk serai menggunakan lesung.

2. Hiris lemon mengikut ketebalan yang disukai. Boleh perahkan juga sedikit jus lemon ke dalam jag.

3. Masukkan daun pudina, serai yang sudah diketuk tadi. Campakkan juga asam boi, buah laici dan air batu.

4. Akhir sekali, masukkan air aiskrim soda sehingga penuh jag.

air soda herbs

5. Kacau semua bahan. Tuangkan ke dalam cawan dan sedia untuk diminum. Fuhh segarnya!

Mudah saja kan cara penyediaannya? Jom sama-sama cuba buat nanti ya!

Kredit resipi: Nordiana Ab Kadil

Baca juga: 5 Resipi Air Untuk Berbuka Puasa Yang Menyegarkan & Mudah Dibuat, Wajib Cuba!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending