PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-26 16:25:42
Hidangan ini sangat terkenal di Malaysia walaupun resepi ini berasal dari India. Resepi kari biasanya kaya dengan rempah ratusnya dan gabungan bersama santan menyebabkan ianya pekat berlemak pasti dapat menarik selera yang merasainya.
Tetapi lain pula dengan resepi kari untuk kali ini kerana terdapat satu resepi rahsia yang membuatkan kari akan lebih rasa pekat melikat. Jadi anda nak tah apa resepi rahsia tersebut? Jadi jom cuba resepi kari ayam mamak pekat melikat yang dikongsikan oleh Fazreen Saini di Facebook. Baca resepi di bawah untuk mengetahui resepi rahsia beliau.
Kredit: Fazreen Saini
Bahan-bahan:
- Ayam 1/2 ekor
- Kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
- 3 ulas bawang putih (Tumbuk atau hiris halus)
- 2 ulas bawang besar hiris halus
- 5 pelepah daun kari 2 sudu besar cili kering blend/ cili serbuk
- 125g atau anggaran 5 sudu besar kari ikan (Jangan pelik guna kari ikan. Ni rahsia kari lebih sedap dan padu)
- Air secukupnya (750-1000ml)
- 1 ke 2 biji kentang
- Garam
- Air asam jawa sedikit
- 2 sudu besar sos tiram (Ni la rahsia tu, bancuh dengan sedikit air agar tak berketul)
Kredit: Fazreen Saini
Cara-cara:
1) Basuh ayam. Panaskan minyak, masukkan rempah 3 sekawan, bawang putih, bawang besar, daun kari.
2) Naik bau, masukkan cili kering kisar. Naik minyak je, masuk kari. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan air sikit dan tunggu lagi hingga pecah minyak. Biar kari betul-betul masak.
3) Masukkan ayam, gaul rata. Masukkan air sikit. Kalau ada kentang masukkan kentang.
4) Tunggu hingga kentang dan ayam masak. Tips dia, bila kentang dah empuk, ayam dah masak la tu.
5) Perasakan dengan garam, air asam jawa dan bahan penting dalam resepi ni, sos tiram yang dah dibancuh dengan air. Kalau yang suka kari manis sikit tu boleh letak gula sedikit.
6) Bila dah cukup rasa tu, tutup api dan siap untuk dihidangkan.
Kredit: Fazreen Saini
Kredit: Fazreen Saini
Kredit: Fazreen Saini
Kredit: Fazreen Saini
Kredit: Fazreen Saini
Kredit: Fazreen Saini
Selamat Mencuba
Kredit: Fazreen Saini