PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-16 05:05:42

Hokkaido Baked Cheese Tart sebenarnya sudah terkenal lama di Malaysia. Selain itu, ianya dijual di Secret Recipe dan juga kedai kek yang lain. Tetapi malangnya, ianya dijual dengan harga yang agak mahal untuk beberapa ketul je dan tak semua orang berkemampuan untuk beli. Jadi ramai juga yang terfikir untuk nak buat sendiri tetapi tidak tahu bagaimana. Jadi apa kata kita cuba resepi Hokkaido Baked Cheese Tart yang dikongsikan oleh Azizi Zamani di kumpulan Resepi Viral di Facebook. Resepi yang sangat simple dan mudah untuk diikut. Selamat Mencuba!

 

 

Kredit: Azizi Zamani

 

Kulit Tart

Bahan-bahan:

  • 100 gram marjerin
  • 30 gram gula kastor
  • 150 gram tepung gandum
  • 1 kuning telur gred B

Cara-cara:

  1. Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata.
  2. Masukkan kuning telur kacau sebati.
  3. Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
  4. Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya.
  5. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
  6. Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit.
  7. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling cheese.

 

Kredit: Azizi Zamani

 

 

Filling Cream Cheese 

Bahan-bahan:

  • 250 gram cream cheese/krim keju
  • 200 gram isi durian
  • 40 gram mentega
  • 1 putih telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 kuning telur untuk sapuan
  • 120 gram dairy whipping cream
  • 60 gram gula kastor

 

Cara-cara:

  1. Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk.
  2. Kacau atau pukul di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.
  3. Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanilla. Kacau rata, kalau berketul boleh kacau guna mixer hingga licin.
  4. Masukkan ke dalam piping bag plastik dan picit ke dalam kulit tart.
  5. Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit dan kemudian barulah sapu kuning telur.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200°c selama 6 minit.
  7. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit: Azizi Zamani

 

 

Kredit: Azizi Zamani

 

 

Kredit: Azizi Zamani

 

 

Kredit: Azizi Zamani

 

Selamat Mencuba

Kredit: Azizi Zamani

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN