beli buah

Biasanya bila beli buah di pasaraya, main ambil sahaja tanpa periksa labelnya kan? Rupanya amat penting untuk baca label sebelum membeli buah untuk tahu dari negara mana buah itu datang.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan. Menurutnya, kena cuba elak ambil buah dari dua negara iaitu China dan USA. Nak tahu sebabnya? Jom sama-sama baca perkongsian oleh beliau di bawah.

SEBELUM BELI BUAH, WAJIB BACA LABEL DATANG DARI NEGARA MANA

Nak beli buah pun ada label yang kita nak kena baca.

Walaupun tak ada bahan ramuan pada setiap jenis buah, tetap kena tengok buah tu datang dari negara mana.

Saya biasanya cuba elakkan ambil buah dari negara China dan USA.

Negara China, terkenal dengan pencemaran tanah yang paling tinggi di dunia. Kajian menyatakan 1/5 tanah di China tercemar dengan bahan buangan, racun serangga, logam berat dan sebagainya.

Negara USA pulak, terkenal dengan teknologi buah dan sayur GMO nya.

Dua negara ni, saya cuba elakkan.

Saya suka sangat cari buah di Aeon. Sebab label dari negara mana terpampang jelas betul. Huruf paling besar, kedudukan paling teratas. 

Bagus sangat macam ni kan. Buat lebih ramai akan cakna dengan buah dari negara mana yang kita nak bagi keluarga makan.

Sama-sama kita cuba k, setiap hari tambah sedikit ilmu baru tentang tabiat pemakanan ke arah yang lebih sihat. 

Sumber: Dr Mazliana Mazlan

Baca juga: Ramai Tak Tahu, Ini Beza ‘Guna Sebelum’ & ‘Baik Sebelum’ Pada Label Produk Makanan & Minuman

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN