Selain cupcake, muffin juga menjadi pencuci mulut yang disukai ramai. Dalam pelbagai perisa muffin, ternyata Muffin Pandan antara yang paling popular.
Walaupun rupa bentuknya seakan sama dengan menggunakan kertas cupcake, tak ramai yang tahu tentang perbezaan sebenar antara cupcake dan muffin.
Muffin tak diletakkan sebarang frosting atau icing seperti cupcake kerana biasanya ia dicampurkan dengan pelbagai bahan tambahan seperti kekacang, coklat cip, dan sebagainya.
Baca juga: Resepi Kek Pandan Kukus, Lembut Dan Sedap Bersama Cheese Leleh
Nak tahu cara buat Muffin Pandan yang mudah, anda boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Nur Filzah Akma di Facebook.
Ramai yang tertarik dengan resipi ini kerana hasil bentuknya yang seakan kek dan menggunakan air fryer untuk membuatnya. Jom cuba!
RESIPI MUFFIN PANDAN
Bahan-bahan A (bancuh):
- 1 1/2 cawan susu segar
- 1 cawan buttercup cair
- 3/4 cawan gula
- 1 biji telur
- 1/4 sudu kecil perasa pandan
Bahan-bahan B (ayak):
- 2 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara cara :
1. Bancuhkan semua bahan A, kemudian kacau sebati dalam adunan bahan B.
2. Masukkan sedikit pewarna hijau.
3. Sudukan adunan ke dalam acuan kertas cupcake agak-agak dalam 3/4 penuh.
4. Pre-heat air fryer pada 150°C / 3 minit.
5. Kemudian bakar dalam air fryer selama 15 minit. Siap!
Kanak-kanak yang nampak kek seperti ini pasti teruja. Lebih-lebih lagi saiznya yang kecil memudahkan sesiapa pun untuk memakannya.
Jika nak bentuknya nampak cantik dan gebu, pastikan jangan tuang adunan sepenuhnya ke dalam kertas cupcake, anda hanya perlu agak-agak saja.
Nak Muffin Pandan nampak lebih menarik, anda boleh taburkan choco chip di atasnya mengikut kreativiti tersendiri.
Jom jadikan Muffin Pandan ini sebagai sarapan dan minum petang buat seisi keluarga nanti. Hidangkan bersama teh dan kopi memang cukup nikmat.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Filzah Akma
Baca juga: Resepi Kuih Bingka Pandan Tanpa Pewarna, Rasa Pandan Terlebih Asli