Categories: Resipi

Mudahnya Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam, Rasa Pun Lagi Sedap!

Biasanya telur masin dibuat menggunakan telur itik kan? Ramai tak tahu,boleh guna telur ayam pun boleh juga rupanya. Hasilnya tetap sama macam telur itik.

Lagi satu, kalau beli yang dah siap harga boleh tahan mahal juga. Jadi apa kata kita cuba buat sendiri di rumah.

Paling best kalau buat telur masin ikut cara ni, kita boleh guna telur ayam saja. Jimat pun jimat! Jom lihat cara-caranya di bawah.

CARA BUAT TELUR MASIN GUNA TELUR AYAM

Bahan-bahan:

  • 10 biji telur ayam
  • 250g garam kasar
  • Air secukupnya
  • 10 ulas bawang putih
  • Sedikit cili padi – ikut selera masing-masing

Cara penyediannya:

  1. Bersihkan telur ayam tersebut.
  2. Sementara itu, larutkan garam bersama air secukupnya.
  3. Hiris halus bawang putih dan cili padi.
  4. Selepas itu, masukkan telur yang sudah dibersihkan tadi ke dalam bekas berisi air garam. Masukkan sekali hirisan bawang putih dan cili padi.
  5. Kemudian tambahkan lagi air ke dalam bekas telur tadi sehingga melepasi paras telur.
  6. Tutup bekas itu dan biarkan rendam selama 10 hingga 15 hari sahaja.
  7. Selepas tempoh masa itu, telur sedia untuk direbus menggunakan air rendamannya. Rebus selama 30 minit dan sedia untuk dijadikan.

Telur masin homemade siap! Selamat mencuba.

Kredit: Dapur Indonesia

Baca juga: Petua Telur Rebus Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik Tanpa Cacat Cela

Nasiha

Recent Posts

Bihun Singapore Mesra Budak, Untuk Dewasa Boleh ‘Add On’ Sambal Ini!

  Kadangkala, menyediakan hidangan ringkas yang disukai oleh seisi keluarga adalah momen indah yang dinikmati…

10 hours ago

Rahsia Pulut Berkilat, Cantik & Tak Lembik, Kena Guna Beras Pulut ‘Jenis Ini’

Pernah tak anda masak pulut, tapi hasilnya tak seperti yang diharapkan? Pulut jadi lembik, tak…

12 hours ago

21 Kegunaan Cuka Yang Ramai Tak Tahu, Bukan Hanya Guna Dalam Masakan

Ramai yang menganggap cuka makan sekadar digunakan untuk masakan seperti acar atau penambah rasa dalam…

13 hours ago

Tip Buat Pes Perapan Homemade, Barulah Ikan & Ayam Goreng Lebih Sedap

Biasanya kita hanya guna garam dan kunyit, atau pes perapan segera untuk menggoreng ayam atau…

13 hours ago

Tutorial Acuan Kon Apam Cornetto Mini, Buat Siap-Siap Baru Tak Kalut Nanti

Baru-baru ini heboh di media sosial tentang Apam Cornetto yang comel dan menarik. Kali ini,…

13 hours ago

Resepi Kuih Keria Sedap Teramat, Guna Teknik Ini Confirm Gebu Montok!

Selain karipap dan donat, Kuih Keria juga sering dijual dan mendapat permintaan ramai. Sebenarnya, ada…

14 hours ago