Jom buat cencaru sumbat sambal guna air fryer. Guna air fryer ni lagi mudah sebab kalau goreng nanti akan kotorkan minyak dan membazir bila dah tak boleh guna minyak tu.
Kalau buat ikut cara ni, rempah dalam ikan pun tidak akan keluar. Jom lihat cara-caranya di bawah yang telah dikongsikan oleh Munira Ali. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Pantang Larang Air Fryer Yang ‘Wajib’ Tahu Supaya Tahan Lama & Tak Cepat Rosak
Sukatan bahan di atas untuk 3 ekor ikan cencaru saiz sederhana. Kalau ikan banyak, boleh gandakan bahan. Kalau suka pedas boleh lebihkan cili.
1. Sukatan bahan di atas untuk 3 ekor ikan cencaru saiz sederhana. Kalau ikan banyak, boleh gandakan bahan. Kalau suka pedas boleh tambah cili.
2. Kisar semua bahan kecuali asam jawab. Letak air sedikit supaya senang nak kisar, jangan banyak. Kalau tumbuk lagi sedap.
3. Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan kisar sekejap supaya sambal masak. Letakkan juga asam jawa semasa sedang menumis.
4. Bila dan siap tumis. Sumbatkan ke dalam ikan yang sudah dibelah tengah.
5. Kemudian masukkan ke dalam air fryer. Sembur sedikit minyak pada ikan supaya tak terlalu kering.
6. Bakar pada suhu 180 celcius selama 15 minit. Kemudian terbalikkan ikan dan bakar lagi selama 15 minit. Nak garing boleh tambah lagi 5 minit.
Selamat mencuba!
Kredit: Munira Ali
Alamak! Roti dah nak tamat tempoh? Jangan buang! Kita boleh 'selamatkan' roti itu dengan mencuba…
Serbuk matcha telah menjadi trend popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, ramai yang…
Selalunya kita dengar tentang mangga Harumanis saja, tapi sebenarnya ada banyak lagi jenis mangga terjual…
Teringat pula zaman kecil-kecil dulu, petang-petang mesti mak-mak akan buatkan bubur biskut kapal ini. Rasanya…
Ayam kicap jawa atau lebih dikenali sebagai ayam kicap semur sedap dihidangkan bersama nasi panas.…
Bosan asyik makan sambal sardin saja? Jom cuba resepi sardin masak kicap pedas ini pula.…