menu spaghetti

Mari cuba buat empat menu spaghetti yang kena dengan citarasa Malaysia. Bagi anda yang gemar makan pasta, boleh pelbagaikan menu yang sedap. Bukan sahaja jimat, malah kena dengan tekak orang Malaysia macam kita ini.

Baca juga: Ini 10 Jenis Pasta Yang Korang Kena Tahu Dan Cara Memasak Dengan Betul

Yang menariknya, apabila buat menu seperti ini, anda dapat jimat kos membeli pes segera pasta, sesuai untuk ke semua peringkat umur untuk menjamah, dan dapat dibawa ke jamuan, potluck serta berpiknik

Ikuti perkongsian resipi dan idea penuh dari Ummi Syahirah ini. Yang menariknya, ke semua menu ini mempunyai cara memasak yang sama, seperti memasak mee goreng. 


EMPAT MENU SPAGHETTI CITARASA MALAYSIA

menu spaghetti

1. Spaghetti Cili Padi

Bahan-bahan:

  • Spaghetti (rebus seperti biasa)
  • Butter
  • Bawang putih – cincang halus
  • Bawang besar – cincang halus
  • Cili padi – ikut tahap kepedasan masing-masing
  • Udang, sotong atau apa-apa sumber protein
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sedikit air rebusan spaghetti
  • Kiub ayam
  • Serbuk lada hitam
  • Sedikit gula
  • Tomato ceri
  • Serbuk parsley
  • Daun sup – hiasan

2. Spaghetti Tomyam

Bahan-bahan:

  • Spaghetti – siap rebus
  • Minyak masak
  • Bawang putih
  • 1/2 biji bawang holland
  • Cili padi hijau – ikut tahap kepedasan masing-masing
  • 1 batang serai
  • Cendawan butang
  • Isi ayam/ udang
  • 2-3 sudu pes tomyam
  • Daun limau purut
  • Tomato – potong dadu
  • Susu segar – ikut kuantiti kuah yang anda nak
  • Sedikit air rebusan spaghetti
  • Garam secukupnya
  • Seasoning/kiub ayam
  • Daun ketumbar – hiris halus (hiasan)

3. Spaghetti Salted Egg

Bahan-bahan:

  • 1/2 bungkus spaghetti – rebus
  • Butter
  • Bawang putih
  • Cili padi
  • Daun kari
  • Udang
  • Sosej
  • Cendawan (optional)
  • Serbuk salted egg
  • Sedikit air rebusan spaghetti
  • Susu cair/susu full cream
  • Garam secukupnya

4. Spaghetti Chili Oil

Bahan-bahan:

  • Spaghetti – rebus seperti biasa
  • Butter
  • Bawang putih
  • Chili oil – ikut sukatan yang anda dikehendaki
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit air rebusan spaghetti
  • Isi ayam dan udang
  • Serbuk lada hitam
  • Seasoning/kiub ayam
  • Garam secukupnya
  • Gula (optional)
  • Serbuk parsley/mix herbs

Selamat mencuba.

Sumber: Ummi Syahirah

Baca juga: Resipi Klasik Itali Pasta Sos Pesto, Lelaki Ini Kongsi Cara Buat Menu Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN