Categories: Infomasi

Menu ‘Favourite’ Agong & Raja Permaisuri, Tukang Masak Istana Dedah Rahsia

Sebagai rakyat jelata, kita pasti akan tertanya-tanya apakah menu ‘favourite’ harian Agong dan Raja Permaisuri Agong. Pada kita, mesti akan membayangkan baginda berdua sering bersantap di hotel dan menikmati hidangan mewah mahupun western sahaja setiap hari.

Rupanya tidak sama sekali.

Tukang masak Istana Abdulaziz, Hasnah Koming, yang kini berusia 69 tahun, pernah mendedahkan kepada BERNAMA, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebenarnya peminat masakan Melayu dan gemar bersantap masakan yang disediakan di istana.


MENU ‘FAVOURITE’ AGONG & RAJA PERMAISURI ADALAH MASAKAN MELAYU

Foto: Istana Negara

Hasnah juga mengakui Seri Paduka berdua tidak cerewet dalam memilih juadah santapan harian. Antara lauk yang biasa dihidangkan ialah Opor Pahang. Opor, sama ada menggunakan bahan utama ayam, daging atau burung adalah juadah kegemaran Sultan Abdullah selain ikan patin masak tempoyak, kari ikan dan ikan masak taucu.

“Tunku Azizah pula gemar bersantap masak kicap, asam pedas atau stew daging. Untuk sayur, kegemaran baginda berdua adalah petola tumis air, sayur campur goreng, sawi masak sos tiram dan kobis masak lemak.

“Ramai yang sukar percaya bila saya katakan juadah kegemaran Tuanku adalah lauk-pauk ringkas. Mereka beranggapan menu di Istana Abdulaziz istimewa setiap hari,” katanya.

Hasnah juga sambil bergurau mengakui beliau tidak pandai memasak hidangan yang rumit kerana kemahiran yang ada padanya diperoleh secara ‘tidak rasmi’ selepas diterima masuk bekerja pada tahun 1980 di Istana Abu Bakar, Pekan sebagai pembantu dapur.

Baca juga: Stew Ayam Cara Raja Permaisuri Agong, Rugi Kalau Tak Cuba Buat!

Dari situ, beliau mula mempelajari segala jenis masakan daripada tukang masak sebelumnya, dan kini ‘tradisi’ itu diturunkan pula kepada pembantu dapur yang lebih muda.

Sesuai Dengan Selera Seri Paduka

Foto: Istana Negara

Hasna yang digelar “Mak” dalam kalangan kakitangan istana yang bersara pada 2015, dititah kembali bekerja kerana air tangannya sudah menepati citarasa baginda berdua.

“Kalau masak untuk Sultan Abdullah, tahap kepedasannya sederhana sahaja berbanding Tunku Azizah yang mempunyai kepedasan yang sangat kuat. Jadi kita kena tahu seimbangkan kepedasannya supaya dihidangkan dengan baik. Saya boleh makan hidangan yang sama, ” katanya.

Beliau juga turut mengakui kehebatan Tunku Azizah di dapur dan pernah berkata baginda juga tidak pernah murka jika masakan hari itu ‘tidak menjadi’, sebaliknya akan menegur dengan lembut supaya kesilapan tersebut tidak berulang.

Tunku Azizah juga, menurut Hasnah, banyak menurunkan ilmu mengenai masakan Johor kepadanya selain tangkas di dapur termasuk semasa menyediakan hidangan dalam kuantiti yang besar untuk majlis di Istana.

Katanya, Sultan Abdullah amat menggemari ‘juadah rumah’ sehingga Seri Paduka lazimnya akan bersantap sebelum berangkat ke sesuatu majlis atau jika kesuntukan waktu, akan menjamah hidangan selepas pulang ke istana.

“Baginda juga tidak suka membazir. Jika pada sebelah malam saya memasak kari, kuahnya akan dipanaskan pada keesokan hari untuk Tuanku bersantap dengan roti canai atau capati,” katanya.

Menurut Hasnah, dapur istana mula beroperasi bagi santapan tengah hari kerana sarapan baginda sama ada nasi lemak, roti canai atau capati dibeli manakala kuih seperti karipap, jemput-jemput pisang dan kuih talam dijadikan pilihan minum petang.

Sanggup Bawa Bekal Ke Luar Negara

Berkongsi cerita, Hasnah berkata Sultan Abdullah lazimnya akan membawa ‘bekal’ jika ke luar negara terdiri daripada sambal bilis kacang dan rendang dendeng manakala Tunku Azizah gemar membawa acar buah.

Hasnah berkata sambal belacan resipi Tunku Azizah sering dijadikan buah tangan kepada rakan terdekat dan pembesar sama ada di dalam atau luar negara.

“Mereka yang sudah tahu mengenai sambal belacan ini pasti akan mencarinya jika datang ke Istana Abdulaziz. Biasanya kami pastikan stoknya setiasa ada di peti ais, di simpan dalam balang-balang kecil.

“Di sini, kami gelarkan sambal belacan itu sebagai sambal belacan dunia kerana telah berjalan ke pelbagai tempat. Malah ada masanya rakan-rakan Tunku Azizah akan bertanya jika stok mereka habis,” katanya.


Sumber: Bernama via Berita Harian

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Raja Permaisuri Agong, Hanya Guna 5 Bahan Ini Jer

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

2 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

2 days ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

2 days ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

2 days ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

2 days ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

2 days ago