menu bajet

Sebelum keluar beli barang dapur, penting untuk anda buat senarai terlebih dahulu. Jika begitu, kami nak kongsikan menu bajet RM50 dalam seminggu yang sedap untuk anda buat sebagai rujukan.

Ramai beli barang dapur untuk seminggu, tapi tak buat perancangan dan beli sembarangan saja. Sebenarnya tak susah mana pun, anda hanya perlu tahu menu dan barang apa yang diperlukan untuk masak.

Buat anda yang nak mulakan langkah untuk berjimat, boleh ikut perkongsian menu bajet RM50 untuk seminggu daripada Fathini Amran di Lemon8 ini. Jom kita tengok!

Baca juga: Idea Menu Bekal ‘Jimat Poket’ Ke Tempat Kerja Mengikut Hari, Seminggu Makan Sedap!

MENU BAJET RM50 UNTUK SEMINGGU

menu bajet

Senarai barang dapur yang perlu dibeli (harga secara anggaran):

  • 3 biji kentang (RM3)
  • 2 batang lobak merah (RM2)
  • Kacang panjang (RM2)
  • Seekor ayam (RM15)
  • 4 biji bawang merah (RM3)
  • 4 ekor ikan (RM10)
  • Cili api (RM2)
  • Cili kering (RM3)
  • 10 biji telur (RM5)
  • Botol kecil sos cili (RM5)
  • Botol kecil sos tiram (RM5)

Senarai menu bajet untuk seminggu:

menu bajet

  • Menu Hari Kedua: Telur Bistik (telur, lobak merah, kacang panjang, ayam cincang, sos cili)

menu bajet

  • Menu Hari Ketiga: Sambal Ikan (ikan, bawang, cili kisar)

menu bajet

  • Menu Hari Keempat: Ayam Paprik (ayam, kacang panjang, lobak merah, sos cili, sos tiram, cili api)

menu bajet

  • Menu Hari Kelima: Ayam Balado (ayam, cili api, bawang)

  • Menu Hari Ketujuh: Nasi Goreng Pattaya (telur, ayam, lobak merah)

Menu bajet ini hanya sesuai untuk mereka yang sudah pun mempunyai beras di rumah. Oleh itu, jangan lupa untuk membelinya terlebih dahulu sebelum menggunakan menu ini.

Kami berharap menu bajet ini berguna dan dapat bantu anda untuk lebih berjimat. Jangan lupa untuk kongsikan kepada keluarga dan kawan-kawan, pasti mereka gembira nanti.

Semoga bermanfaat!

Sumber: FATHINI AMRAN

Baca juga: Senarai Kuih Goreng Untuk Menu Minum Petang, Ramai Kata Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN