mee udang

Teringin nak makan Mee Udang yang sedap?  Saudara Muhsein Muh ada kongsikan resipi Mee Udang Periuk dari Penang hasil resipi dari ibunya.

Resipi ringkas sahaja tapi lihatlah kuahnya, sangat membuka selera. Sesuai untuk sajian 6-8 orang. Jom cuba!

Resipi Mee Udang Periuk Penang

Bahan-bahan:

  • 1 genggam cili kering
  • 2 biji ubi keledek merah – rebus terlebih dahulu
  • 2 biji ubi kentang – rebus terlebih dahulu
  • 1/2 genggam kacang tanah
  • Udang segar secukupnya – untuk kisar dan dimasukkan ke dalam kuah
  • 1 biji bawang merah besar – kisar halus
  • 3 ulas bawang putih – kisar halus
  • Sos tiram secukupnya
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 biji tomato
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

Bahan-bahan lain:

  • 1 paket mi kuning
  • Tauhu – digoreng
  • Bawang goreng
  • Tauge dan telur rebus
  • Limau kasturi

Cara memasak:

  1. Kisar cili kering bersama isi udang dengan secukupnya. Jika mahu kisar udang bersama kulit dan kepalanya, kisar secara berasingan, tapis dan barulah dicampur bersama kisaran cili.
  2. Seterusnya kisar pula ubi keledek merah, ubi kentang dan juga kacang tanah.
  3. Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
  4. Masukkan kesemua bahan-bahan kisar dan juga air. Sebatikan.
  5. Bila kuah mula mendidih, masukkan sos tiram, daun sup dan hirisan tomato. Masak lagi hingga sekata.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan juga perasa dengan secukupnya.
  7. Akhir sekali, masukkan udang. Biar hingga udang masak sepenuhnya.

  8. Angkat kuah dan hidangkan bersama mi dan juga bahan-bahan sampingan yang lain.

Kredit: Muhsien Muh

Baca juga: Tips Buat Roti Goreng Sardin Yang ‘Rangup’, Kena Perah Sedikit Asam Limau

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN