mee udang ala sarawak

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh itu, MyResipi kongsikan resipi Mee Udang Ala Sarawak yang menggunakan mi segera MAGGI Kari.

Mee Udang Ala Sarawak ini sangat disukai ramai kerana rasa kuahnya pekat bersama bau udang yang beraroma cukup membangkitkan selera apabila dihirup.

Dengan menggunakan mi segera MAGGI Kari, anda boleh buat resipi Mee Udang Ala Sarawak istimewa daripada MyResipi yang terlajak sedap. Jom kita cuba!

Baca juga: Hichizarai Ajar Cara Buat Mi Segera Kari Sedap Berkrim, Tengok Pun Dah Terliur!

RESIPI MEE UDANG ALA SARAWAK GUNA MI SEGERA MAGGI KARI

mee udang ala sarawak

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar minyak
  • 5 ekor kepala udang
  • 5 ekor udang (dibersihkan)
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil udang kering (direndam)
  • 2 sudu kecil gula Melaka
  • ½ cawan keledek
  • 2 pek perencah MAGGI Kari

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang cili hidup

Bahan hiasan:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis udang sehingga garing untuk naikkan aroma, kemudian ketepikan. Jangan lupa buang kepala udang sebab kita nak kuah berperisa saja.

2. Selepas itu, boleh mula buat kuah dengan menumiskan bahan-bahan kisar (bawang merah, halia, bawang putih, cili dan udang kering) sehingga naik bau.

3. Kemudian, tambahkan perencah MAGGI Kari dan kacau rata.

4. Selepas itu, masukkan air dan biarkan reneh sebentar.

5. Masukkan fishball, keledek rebus dan udang yang telah digoreng tadi, kemudian biarkan ia reneh dan masak seketika.

6. Seterusnya, masukkan gula Melaka dan biar semua bahan mesra dalam kuah pekat ini.

7. Setelah itu, rebus mi MAGGI selama 2 minit saja dan pastikan jangan terlebih masak.

8. Akhir sekali, masukkan mi ke dalam mangkuk, tuangkan kuah dan hias dengan sawi, daun bawang, telur rebus, limau nipis dan cili hijau. Siap untuk dihidang!

Video penuh:

@myresipi

MAGGI Mee Udang Ala Sarawak Bahan-bahan: 1 sudu besar minyak 5 ekor kepala udang 5 ekor udang, dibersihkan 3 sudu besar minyak 1 sudu kecil udang kering, direndam 2 sudu kecil gula melaka 1/2 cawan keledek,direbus 2 pek perencah MAGGI Kari Bahan Kisar: 1 biji bawang merah 1 inci halia 3 ulas bawang putih 2 batang cili hidup Bahan hiasan: Sawi Daun bawang Telur rebus Limau nipis Cili hijau #myresipi #resipicampakcampak #maggixmyresipi #maggi #meeudang #meeudangsarawak #maggimeeudangalasarawak #resepimaggi #resepi #meesegera #resepisimple #resepimudah #resepitiktok #masukberanda #fyp

♬ original sound – Myresipi – Myresipi

Selamat mencuba!

Sumber: Resipi asli daripada MyResipi

Baca juga: Resipi Mee Kolok Yang Sedap & Memukau, Cara Mudah Guna Mi Segera

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN