mee tepung

Mee Tepung Chinese Style, Uli Sendiri Guna 4 BAHAN Ini.

Resipi mee tepung chinese style merupakan hidangan yang paling mudah dibuat. Sesuai buat mereka yang tidak sihat, orang tua dan juga kanak-kanak. Hidangan ini juga dikatakan berkhasiat, lembut, sedap dan cukup mengenyangkan.

Baca juga: Mee Kangkung Ala Masakan Betawi, Menu Berkuah Sedap dan Manis Wajib Cuba!

Sesetengah orang mungkin menggenali resepi ini dengan nama pan mee. Yang mana meenya juga akan dibuat dan diuli sendiri menggunakan tepung gandum. Tepung gandum perlu diuli bersama bahan-bahan lain sehingga menjadi doh yang lembut.

Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Noniey Niey ini. 


RESIPI MEE TEPUNG

mee tepung

Bahan mee:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Garam
  • Air

Bahan kuah sup:

  • Sedikit ikan bilis/ 2 kiub ikan bilis
  • Separuh bawang holland
  • Bawang putih (ikut citarasa)
  • Isi ayam

Bahan hiasan: 

  • Tofu ikan
  • Fishball
  • Daun cekuk manis/ apa saja jenis sayur yang anda suka
  • Bawang goreng
  • Cili potong + kicap
  • Ikan bilis goreng

Cara-cara membuat:

1. Rebus semua bahan kuah sup sehingga mendidih.

2. Kemudian, sediakan mee. Satukan semua bahan untuk mee dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.

3. Biarkan seketika dan carik-carikkan ikut saiz yang anda suka. Boleh dicanai dan dipotong-potong untuk mendapatkan tekstur yang cantik.

4. Seterusnya, masukkan doh tepung yang telah dicarik-carik tadi ke dalam kuah sup. Rebus sehingga masak.

5. Masukkan semua bahan hiasan satu persatu dan siap untuk dihidang!


Selamat mencuba!

Baca juga: Dry Chilli Pan Mee, Lelaki Ini Kongsi Cara Sedap Masak, Ikut Resipi Di Sini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN