mee goreng kicap

Artikel kali ini, MyResipi nak kongsikan resipi mee goreng kicap yang ringkas. Sesuai untuk hari-hari bila tak mahu makan nasi atau kesuntukan masa.

Nak masak untuk sahur, sarapan atau makan malam pun memang sangat sesuai. Dijamin satu keluarga makan dengan berselera sampai licin!

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Singapore Simple Dan Sedap, Campak-Campak Terus Siap!

RESEPI MEE GORENG KICAP

mee goreng kicap

Bahan-bahan:

  • 1 paket mi kuning
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sayur pak choy (asingkan batang & daun)
  • 1 biji bawang merah (hiris)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 tangkai cili merah (hiris serong)
  • 1 biji telur
  • Sedikit air

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, hiris pak choy dan asingkan batang dengan daunnya.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang sehingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram dan sedikit air, kemudian kacau rata.
  4. Tambahkan 3 sudu besar kicap manis dan gaul rata. Selepas itu, sos akan kelihatan berkilat dan naik minyak.
  5. Masukkan batang sayur terlebih dahulu dan biarkan ia layu sedikit. Kemudian, masukkan daun pak choy dan gaul sebati.
  6. Pecahkan sebiji telur dan kacau hingga telur tersebut berketul.
  7. Setelah telur berketul dengan cantik, masukkan mi kuning dan gaul rata dengan sos tadi.
  8. Tambahkan cili merah dan sambung kacau hingga mi nampak berkilat dan sedikit kering.
  9. Mi goreng kicap siap! Jika ingin lebih sedap, letakkan telur mata di atas mi goreng agar kelihan lebih menarik.

Video penuh:

@myresipi

Resipi Campak Sahur 9 | Mi Goreng Kicap Bahan: 1 paket mi kuning 3 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos tiram Sayur Pok Choy (asingkan batang & daun) 1 biji bawang merah (hiris) 1 ulas bawang putih (hiris) 1 tangkai Cili Merah (hiris serong) 1 biji telur Sedikit air #MyResipi #ResipiCampakCampak #IndahkanMemori #Ramadan2025 #meegoreng #menusahur #foodtok #masukberanda #fypシ゚

♬ original sound – MyResipi – MyResipi

Sumber: MyResipi

Baca juga: Resipi Mi Segera Sup Ayam, Tukar Selera Sahur Dengan Hidangan Ringkas Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN