Kalau bosan makan nasi atau tiada idea untuk masak sahur, jom cuba resepi mee segera sup ayam yang mudah ini.

Walaupun cara penyediaannya sangat ringkas, ia mampu menaikkan selera untuk bersahur dan mengenyangkan.

Jika ada yang ingin mencuba, jom kami kongsikan resipi lengkap di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan dan cara memasaknya.

Baca juga: Mee Goreng Tomyam Versi Campak-Campak, Sesuai Buat Untuk Sahur

RESEPI MEE SEGERA SUP AYAM

resepi mee segera

Bahan-bahan:

  • 1 paket mi segera perisa ayam
  • 1 ketul ayam (potong dadu)
  • 1 sudu kecil bawang goreng (hiasan)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 biji bawang merah (hiris)
  • 1 mangkuk kecil air

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan naik bau.
  2. Setelah itu, masukkan ayam yang telah dipotong dadu dan kacau hingga ayam sedikit masak.
  3. Tambahkan 1 mangkuk kecil air dan biarkan mendidih seketika.
  4. Setelah air mendidih, masukkan perencah mi segera terlebih dahulu sebelum masukkan mi. Kacau sehingga rata.
  5. Biarkan mi dan ayam masak sepenuhnya. Setelah itu, angkat dan hidangkan dalam mangkuk.
  6. Sebagai hiasan, taburkan bawang goreng di atas mi atau anda boleh menikmatinya begitu sahaja.

Jika ingin menambah variasi, anda boleh menyertakan sambal kicap, lobak atau sayur-sayuran lain untuk menambah rasa dan khasiat. Selamat mencuba!

Video penuh: 

@myresipi

Resipi Campak Sahur 7 | Maggi Ayam Tumis Darat Bahan: 1 paket Maggi Ayam 1 ketul ayam (potong dadu) 1 sudu kecil bawang goreng (hiasan) 1 ulas bawang putih (hiris) 1 biji bawang merah (hiris) 1 mangkuk kecil air #MyResipi #ResipiCampakCampak #IndahkanMemori #Ramadan2025 #menusahur #masukberanda #fypシ゚

♬ original sound – MyResipi – MyResipi

Sumber: MyResipi

Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Instant, Resipi Cepat Siap & Sesuai Masak Waktu Sahur

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending