Categories: Resipi

Masak Lemak Putih Buah Gajus Dengan Sotong, Lauk Kampung Kegemaran Ramai

Bila tiba musimnya buah gajus, pastinya resipi masak lemak putih ini yang akan menjadi pilihan. Hidangan ini agak popular di pantai timur berbanding negeri-negeri yang lain.

Buah gajus atau buah ketereh atau juga dikenali sebagai jambu golok ini mungkin sesuai dengan jenis tanah berpasir halus. Jika zaman dahulu ke Kuala Terengganu dari Besut kita boleh tengok kiri kanan jalan pokoknya.

Katanya di Terengganu dahulu, buah gajus ini ditanam secara komersial, mungkin sekarang tidak lagi kerana ditanam orang persendirian sahaja.

Baca juga: Pari Masak Lemak Cekur, Penuh Rasa Berlemak Pedas Masakan Jawa Ini

Pokoknya akan mengeluarkan pucuk berwarna kemerah-merahan, sangat sedap dibuat ulam dicicah dengan budu, sambal belacan atau cencalok. Biji diluarnya pula biasanya dibakar untuk dijadikan kacang gajus yang rangup.  

Mari ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Tengku Masni ini. Memang terliur dibuatnya bila digandingkan dengan ikan goreng bersama sambal belacan.


RESIPI MASAK LEMAK PUTIH BUAH GAJUS DENGAN SOTONG

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Pertamanya perkara paling lama mestilah proses menyediakan bahan-bahan. Bawang besar dipotong 6, tak besar tak kecil sangat. Cili merah di potong memanjang dan halus. 

2. Buah gajus mestilah dipotong dalam keadaan memanjang dan dibersihkan. Buang biji dan ramaskan ia untuk buang airnya. Letak buah gajus dalam periuk, masukkan air serta buah yang dah bersih. Celurkan ia. Nak buang airnya tu je. Sekejap je tau dalam 5 minit. Toskan buang airnya.

3. Jangan lupa, potong dan bersihkan sotong. Masukkan sayur buah gajus tersebut bersama sotong, santan secukupnya, bawang dan lain-lain bahan ke dalam periuk.

4. Masukkan juga air putih secukupnya. Buka api perlahan dan sentiasa dikacau kuahnya itu. (masakan bersantan kan kena jaga jagalah sikit, tak boleh nak leka)

5. Perasakan garam dan gula sikit. Tak perlu lama sangat atas dapur, kira-kira dalam 10 minit sebab ada sotong. Kalau dimasak lama sotong akan liat. Dah siap tutup api dan dihidangkan bersama lauk lain.


Selamat mencuba resipi Masak Lemak Putih Buah Gajus dengan sotong ini.

Baca juga: Jantung Pisang Masak Lemak Cili Api Bersama Pucuk Ubi, Menu Orang Dulu-dulu

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!

Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…

6 hours ago

5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…

7 hours ago

Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…

8 hours ago

Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…

9 hours ago

Kulat Sisir Masak Lemak, Lauk Idaman Buat Yang Suka Makan Pedas!

Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…

9 hours ago

Telur Puyuh Masam Manis, Menu Simple Tapi Suami Minta Tiap Hari!

Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…

9 hours ago