Mi goreng merupakan salah satu hidangan yang menjadi pilihan ramai untuk sarapan atau makan malam.
Kali ini apa kata kita cuba masak mi goreng style orang Jawa atau dipanggil mi goreng lada hitam.
Cara memasaknya juga cukup mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.
Kalau ada yang nak cuba, ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Puan Azlina Ina di bawah.
Baca juga: Cara Buat Mee Rebus Terengganu Stail, 5 Minit Dah Siap Masak
Bahan-bahan:
Bahan lain:
Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang dihiris kecuali lada hitam. Bila bahan tumisan dah layu, masukkan ayam dan fishcake. Gaul rata.
2. Bila ayam dan fishcake dah masak, ketepikan semua. Kemudian pecahkan telur, kacau sehingga rata.
3. Masukkan mi yang sudah direndam di dalam air suam. Masukkan juga lada hitam dan gaul sebati.
4. Tambah 2 sudu besar gula dan kacau rata. Tambah 7-8 sudu besar sos cili dan gaul. Seteruskan tambah kicap lemak manis dan sedikit air.
5. Biar seketika supaya semua bahan diserap sebati dengan mi. Kemudian baru tambah garam dan serbuk perasa.
6. Akhir sekali masukkan sayur dan gaul rata.
7. Sedia untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera dan selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Azlina Ina
Baca juga: Jom Masak ‘Mee Udang Penang Mari’ Ikut Resipi Mak, Sedap Tak Terkata!
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…