Categories: Resipi

Masak Lemak Ayam Ala Jempol, Resipi ‘Ori’ Dari Negeri Sembilan!

Resipi masak lemak ayam ini cukup mudah dan tidak memakan masa lebih dari 20 minit untuk siap. Rasanya pekat, pedas berlemak, dengan aroma serai, lengkuas, dan halia yang menaikkan selera.

Selain itu, cara penyediaan sangat ringkas kerana tak perlu bawang hanya menggunakan bahan-bahan asas yang biasa ada di dapur

Ada juga petua dari orang Negeri Sembilan, jika memasak daging kerbau, boleh tambahkan halia dan lengkuas untuk hilangkan bau hanyir. Tetapi jika menggunakan ayam atau protein lain, hanya cili padi, kunyit, asam keping, dan serai sudah mencukupi.

Jom baca resipi ini yang sangat enak jika ada pula ulam-ulaman atau sambal tempoyak di sebelah!

Baca lagi: Cara Lembutkan Nasi Keras Dan Kering, Puas Hati Bila Tengok Hasilnya

RESIPI MASAK LEMAK AYAM

Bahan-bahan (Untuk Seekor Ayam)

Bahan Kisar:

  • Segenggam cili padi (boleh kurangkan jika tak tahan pedas)
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup

Bahan Utama:

  • Seekor ayam, dipotong ikut kesukaan
  • Ubi kentang (opsional, tapi sedap untuk menambah isi)
  • 2 batang serai, diketuk
  • Santan secukupnya (ikut kepekatan kuah yang disukai)
  • Sekeping asam keping
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Kisar cili padi, halia, lengkuas, dan kunyit hidup hingga halus.

2. Masukkan bahan kisar dan serai ke dalam periuk tanpa minyak. Masukkan ayam dan ubi jika menggunakan, gaul hingga sebati.

3. Tuangkan santan ke dalam periuk, agak-agak sahaja mengikut kepekatan kuah yang disukai. Kalau suka kuah pekat, jangan tambah terlalu banyak santan.

4. Masak bahan-bahan hingga kuah mendidih dan ayam serta ubi masak sempurna.

5.  Tambahkan sekeping asam keping untuk sedikit rasa masam (ini option bagi yang gemar rasa masam) dan garam secukup rasa.

6. Bila kuah sudah pekat dan ayam empuk, tutup api. Hidangan ini boleh disajikan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Edi Arjuna Pencerita 

Baca lagi: Kek Red Velvet Kukus, Terliur Tengok Kejadiannya, Lembut Macam Baldu!

Aisha Qistina

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

3 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

3 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

3 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

3 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

3 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

3 days ago