cara kupas kentang

Tidak dinafikan, mengupas ubi kentang menggunakan ‘peeler’ sangat mudah dan cepat. Namun begitu, ada satu cara kupas kentang yang lebih efektif tanpa perlu menggunakan sebarang alatan.

Cara ini bukan sahaja mampu menjimatkan masa anda tapi juga mampu mengupas kentang dalam kuntiti yang banyak. Barulah tak penat dan membuang masa.

Dengan cara ini juga, anda hanya perlu menarik kulit kentang dengan menggunakan tangan, mudah kan? Tapi macam mana caranya? Jom baca entri ini sehingga selesai. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Petua Hilangkan Kesan Kuning Pada ‘Blender’, Segala Jenis Bau Pun Hilang!

CARA KUPAS KENTANG TANPA GUNA ALAT

Berikut adalah cara untuk mengupas kentang tanpa bantuan alat pengupas:

1. Pertama sekali, bersihkan ketang dari segara kotoran. Selepas itu, kelar sekeliling kulit kentang pada bahagian tengah. Pastikan jangan kelar terlalu dalam.

2. Seterusnya, panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Selepas sudah mendidih, masukkan ubi kentang yang telah dihiris tadi ke dalamnya.

3. Rebus seketika sehingga kentang menjadi empuk.

4. Selepas kentang sudah empuk, angkat kentang dan letakkan di dalam air sejuk. Rendamkan seketika.

5. Jika kentang sudah sejuk, kupas kulitnya menggunakan tangan seperti dalam gambar di bawah.

cara kupas kentang

6. Mudah kan? Selamat mencuba!

Kredit: Facebook Rasa

Baca juga: Jangan Ambil Mudah Bekas Makanan Berbau Busuk, Ini Petua Untuk Hilangkan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN