Categories: Resipi

Cara Buat Martabak Cream Crackers, Rangup Berlemak Bersama Inti Daging!

Martabak cream crackers merupakan hidangan nostalgia yang dahulu digunakan sebagai hantaran. Resipi ini sangat sesuai untuk hidangan petang atau sebagai sumbangan ke masjid.

Dengan lapisan biskut yang lembut dan inti daging yang enak, ia pasti memikat hati sesiapa sahaja. Kalau ditanya orang sekarang, mungkin ada yang tak tahu rasa martabak cream crackers ini.

Jadi, jom buat supaya kita tahu betapa sedap dan nostalgiknya juadah ini.

Baca lagi: Tip & Teknik Buat Martabak Daging Cara Orang Lama, Inti Juicy & Padat!

RESIPI MARTABAK CREAM CRACKERS

Bahan-Bahan Utama:

Lapisan Biskut dan Daging:

  • 1 ½ bungkus biskut cream crackers tanpa gula (Jenama Julie’s atau Ping Pong)
  • 800 g daging kisar (2 bungkus jenama Ramly)
  • 2 labu bawang besar, potong dadu
  • 2 biji cili merah, hiris halus
  • 2 biji cili hijau, hiris halus
  • 1 ikat daun sup dan daun bawang, hiris halus
  • 7 biji telur gred A, pukul ringan
  • 1 kotak besar susu segar (jenama Goodday)
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan Kisar untuk Tumisan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu makan cili giling (pilihan jika mahu lebih pedas)
  • 3 sudu makan rempah kari daging

Untuk Loyang:

  • Loyang empat segi, alas dengan aluminium foil dan sapu butter di permukaannya.

Cara-Cara Memasak:

Penyediaan Daging:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan kisar sehingga naik bau.

2. Masukkan rempah kari daging, tumis sehingga pecah minyak. Tambahkan air sedikit demi sedikit untuk memastikan rempah tidak hangus.

3. Masukkan daging kisar ke dalam tumisan dan masak hingga empuk. Tambahkan air jika perlu dan masak sehingga air daging sedikit kering.

4. Masukkan bawang dadu, cili hiris, serbuk lada hitam, dan garam. Gaul rata.

5. Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang. Gaul rata, matikan api, dan biarkan sejuk.

6. Apabila campuran daging sudah sejuk sedikit, tambahkan telur yang telah dipukul ringan. Gaul rata. Bahagikan kepada tiga bahagian.

Penyediaan Susu Suam:

1. Panaskan susu dalam periuk sehingga suam (jangan mendidih). Kekalkan api kecil dan kacau sentiasa untuk elakkan susu meruap.

Nota: Susu boleh digantikan atau ditambah dengan santan jika mahu rasa lebih berlemak.

Menyusun Lapisan Murtabak:

1. Rendam 9 keping biskut ke dalam susu suam sekejap sahaja. Susun dalam loyang sehingga menutupi keseluruhan dasar. Jika ada ruang kecil, patahkan biskut untuk mengisi bahagian kosong.

2. Tuangkan satu bahagian campuran daging di atas lapisan biskut. Ratakan ke seluruh permukaan.

3. Ulang langkah rendam biskut, susun, dan tambahkan campuran daging sehingga selesai tiga lapisan. Tekan perlahan-lahan setiap lapisan untuk memastikan campuran telur meresap ke dalam biskut.

4. Tekan keseluruhan loyang untuk memastikan lapisan mampat dan rata.

Proses Membakar:

1. Panaskan oven pada suhu 180°C.

2. Bakar murtabak selama 45 minit atau sehingga masak. Untuk memastikannya masak sepenuhnya, cucuk bahagian tengah dengan lidi. Jika tiada adunan melekat, murtabak sudah siap.

3. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum diterbalikkan ke atas redai. Potong apabila sudah benar-benar sejuk untuk mengelakkan ia pecah.

Tip dan Variasi:

1. Tambahkan keju di setiap lapisan untuk rasa yang lebih berlemak dan lazat.

2. Tumis daging dengan campuran butter dan minyak untuk aroma dan rasa lebih enak.

3. Jika suka, tambahkan daun jeruk.

Sumber: Hidayah Syibly

Baca lagi: Serunding Halia Tak Serap Minyak, Pakai Cara Ini Baru Elok Dan Tak Putus

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Masak Udang Buttermilk Lemak Berkrim, Rasa Yang Tak Boleh Dilupa!

Pasti ramai dah biasa buat ayam buttermilk, kali ini kita cuba pula masak udang buttermilk.…

49 mins ago

Resipi Bendi Tumis Cili, Ikut Langkah Ini Bendi Mesti Tak Berlendir!

Resipi bendi tumis cili bersama telur adalah hidangan ringkas tetapi memerlukan teknik yang betul agar…

3 hours ago

Resipi Swiss Roll Strawberi, Guna Tip Ini Semasa Gulung Kek Supaya Tak Mudah Pecah

Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…

19 hours ago

Resipi Ayam Sambal Butter Thai, Rasa Pedas Manja Memang Menggoda Selera!

Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…

19 hours ago

Maksud Pecah Minyak Dalam Masakan, Nak Tumis Nanti Pakai Tips Ini

Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…

19 hours ago

Resipi Lempeng Ubi Kayu Ini Jarang Dibuat Orang, Sekali Cuba Pasti Terpikat!

Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…

20 hours ago