Bukan sahaja sayur segar dan rangup, malah ada banyak manfaat timun untuk kesihatan. Sebenarnya, ada beberapa penyakit yang disarankan untuk mengambil timun supaya kesihatan terkawal.
Kandungan air yang tinggi, serat, vitamin dan mineral dalam timun menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan tubuh secara semula jadi.
Jika anda menghadapi beberapa keadaan kesihatan berikut, mengambil manfaat timun secara berkala boleh memberi kebaikan yang besar. Jom kita tengok senarainya!
Baca juga: Daun Ketumbar Rupanya Anti-Anxiety, Pakar Terangkan Kenapa Ia Boleh Tenangkan Sel Otak
1. Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi).
Kalau anda atau ahli keluarga mempunyai masalah tekanan darah tinggi, timun boleh membantu. Manfaat timun kaya dengan kalium yang membantu meneutralkan kesan garam dalam tubuh, sekali gus membantu menstabilkan tekanan darah. Kandungan airnya yang tinggi (sekitar 96%) juga membantu menyegarkan tubuh.
2. Kolesterol Tinggi.
Serat larut dalam timun bertindak seperti ‘pembersih semula jadi’ bagi kolesterol jahat (LDL). Ia membantu mengikat kolesterol dan membuangnya melalui proses pembuangan najis. Amalkan manfaat timun secara konsisten untuk menyokong kesihatan jantung.
3. Asid Urik Tinggi atau Gout.
Bagi penghidap gout, timun mempunyai kesan diuretik ringan yang membantu melancarkan saluran kencing dan menyingkirkan lebihan asid urik. Ini boleh mengurangkan risiko serangan gout yang menyakitkan.
4. Sembelit.
Kalau selalu alami sembelit, timun boleh menjadi penyelamat. Kandungan air dan seratnya membantu melembutkan najis dan merangsang sistem penghadaman, menjadikan pembuangan najis lebih lancar.
Kredit gambar: rawpixel.com dari Freepik
5. Penyakit Buah Pinggang atau Batu Karang (peringkat ringan).
Timun membantu membersihkan saluran kencing kerana sifat diuretiknya. Dengan minum air timun atau memakannya secara segar, risiko pembentukan batu karang dapat dikurangkan, terutamanya bagi mereka yang jarang minum air secukupnya.
6. Diabetes.
Timun rendah kalori dan mempunyai indeks glisemik yang rendah, menjadikannya pilihan yang selamat untuk penghidap diabetes. Sebatian semula jadi dalam timun turut membantu mengawal paras gula dalam darah.
7. Masalah Asid Perut atau GERD.
Timun bersifat alkali, jadi ia boleh membantu meneutralkan lebihan asid dalam perut. Tetapi jika anda sensitif terhadap kulit timun, disarankan untuk mengupasnya terlebih dahulu supaya tidak menyebabkan kembung.
8. Obesiti atau Berat Badan Berlebihan.
Kalau anda sedang berdiet atau ingin menurunkan berat badan, timun adalah pilihan bijak. Ia rendah kalori, tinggi kandungan air dan mengenyangkan, jadi anda boleh makan banyak tanpa rasa bersalah.
Tips mudah untuk ambil manfaat timun:
Namun begitu, dapatkan nasihat doktor untuk tindakan dan rawatan yang selanjutnya. Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: rawpixel.com dari Freepik
Sumber: Siti.Wibowo
Baca juga: Bukan Sekadar Sedap, Rupanya Bendi Ada 30 Khasiat Tersembunyi Yang Ramai Tak Tahu
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…