Categories: Resipi

Makaroni Carbonara Meleleh, Resipi Kelam Kabut Tapi Hasilnya Sedap!

Hujung minggu ini jomlah mencuba satu resipi yang sangat pantas untuk dibuat iaitu makaroni carbonara. Kurang 20 minit sahaja masa penyediaan.

Makaroni ini juga sedap dimakan ketika masih panas berasap dan berlemak hasil daripada penggunaan keju. Anak-anak mesti tak sabar nak menunggu juadah ini siap terhidang.

Apa lagi? Jom baca perkongsian oleh pengguna laman sosial Facebook ini.

Baca juga: Ikan Rebus Asam Style Pantai Timur, Ini Rahsia Supaya Rasa Lebih ‘Kick’

RESIPI MAKARONI CARBONARA

Bahan-bahan:

Macaroni/Pasta:

  • 1 gelas macaroni atau pasta, direbus mengikut arahan di belakang pek bungkusan.

Bahan Kuah:

  • 1 tin sos carbonara mushroom (jenama pilihan)
  • 3 sudu besar butter
  • 1 biji bawang Holland, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 kotak kecil air susu (apa-apa jenama)
  • 1 kotak kecil cooking cream
  • 1 tin cendawan butang, dilalukan bawah air dan dihiris
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil mushroom seasoning
  • 2 keping cheese
  • Isi ayam pop corn yang telah digoreng

Cara Penyediaan:

1.  Cairkan butter dalam kuali. Tumis bawang Holland dan bawang putih hingga perang.

2.  Masukkan cendawan yang telah dihiris dan tumis lagi hingga layu.

3.  Tuang sos carbonara mushroom ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.

4.  Masukkan air susu, kiub pati ayam, gula, cooking cream, dan cheese. Kacau hingga semua bahan sebati dan kuah mula mendidih.

5. Masukkan macaroni yang telah direbus, lada hitam, dan isi ayam pop corn yang telah digoreng. Kacau rata.

6. Setelah semuanya sebati dan masak, macaroni carbonara anda siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Resipi Pengat Labu Lemak Manis, Kuah Yang ‘Creamy’ Sangat Mengiurkan!

Aisha Qistina

Recent Posts

Tips Beli Buah Dengan Harga Lebih Murah, Boleh Elak Terlajak Belanja Dapur!

Buah-buahan adalah antara barang dapur yang sering dibeli kerana khasiatnya yang bagus untuk badan. Kali…

5 hours ago

Apam Pisang Sukatan Cawan, Pakai Blender Saja Tapi Gebunya Luar Biasa

Waktu petang mesti nak makan kuih-muih yang sedap bersama teh O panas. Oleh itu, ada…

6 hours ago

Terung Masak Sambal Berlada, Aroma Wangi Sampai Jiran Pun Boleh Bau

Nak masak dengan stail cepat siap, kenalah buat lauk dengan sayur dalam satu hidangan. Oleh…

10 hours ago

Ayam Masak Kunyit Halia, Lauk Sedap Ini Sebijik Macam Mak-Mak Masak

Biasanya nak buat masakan lauk ayam, kena goreng ayam terlebih dahulu. Namun, kami terjumpa resipi…

11 hours ago

Cara Rebus Sagu Besar Yang Jimat Gas, Confirm Jernih Dan Sebiji-Sebiji Elok!

Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…

1 day ago

Daging Dendeng Balado Cili Hijau, Makan Dengan Nasi Panas Memang Layan!

Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…

1 day ago