Categories: Infomasi

Nak Tahu Makanan Zaman Mat Kilau? Ini 7 Makanan Tradisional Melayu yang Kian Hilang

Baru sahaja 4 hari tayangan di pawagam, filem Mat Kilau dah mencecah kutipan sebanyak RMM11 Juta. Min kagum betul!

Dengan perkembangan terbaru ini, kisah perjuangan pahlawan Melayu dapat diangkat dan generasi baru dapat mengenali pula ‘hero-hero’ sebenar di Tanah Melayu.

Bagi yang sudah menonton filem ini, tentu terfikir orang zaman dahulu punya makanan ketika British datang menjajah kan?

Baca juga: Cara Membuat Kuih Lepat Labu, Makanan Tradisi Orang Kita

Untuk pengetahuan korang, zaman Melayu lama dapatkan bahan asas makanan mereka di sekeliling mereka sahaja. Apa sahaja tanaman atau haiwan, akan dijadikan makanan harian mereka.

Sebab itulah, orang Melayu dulu-dulu akan tanam pelbagai tumbuhan seperti padi, jagung, pisang, ubi keledek, kacang tanah, cili, serai dan banyak lagi.

Jom kita tengok antara makanan tradisional Melayu yang semakin ditelan zaman ini.

1. Lempeng Kelapa

Lempeng menjadi makanan masyarakat Melayu suatu tika dahulu. Ia merupakan makanan ringan yang boleh dimakan semasa sarapan pagi atau minum petang.

2. Ubi Rebus

Ketika zaman penjajahan Jepun dahulu, makanan ruji utama masyarakat Melayu adalah ubi rebus kerana sukar mendapatkan beras untuk dimakan.

Ubi direbus dan dimakan begitu sahaja atau turut dicicah dengan kelapa parut. Malah, ia turut dimakan bersama kopi panas.

3. Tapai

Air tapai rasanya manis dan boleh diminum, malah ia juga turut dijadikan sebagai ubat tradisional.

Terdapat pantang larang semasa hendak membuat tapai. Seseorang itu tidak boleh memakan sirih atau mendekatkan dengan benda yang berwarna merah semasa tapai ini sedang dibungkus.

Jika melanggar pantang, maka tapai tersebut akan bertukar warna menjadi merah dan rasanya pula tidak sedap.

Ketika membungkus, orang tersebut tidak boleh memakan benda – benda masam kerana tapai juga akan berubah menjadi masam.

Tapai yang telah masak perlu dihabiskan dalam tempoh 2 hari kerana rasanya akan menjadi semakin manis. Ia boleh dimakan bersama cendol, atau dicampurkan dengan santan kelapa serta sedikit ais.

4. Botok-botok

Botok- botok merupakan makanan tradisi masyarakat Johor. Ia seakan telur pindang yang hanya boleh disediakan oleh generasi lama di Johor sahaja bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

Hidangan ini dibungkus menggunakan daun pisang dan apabila dibuka anda akan melihat beberapa kepingan ikan yang diselaputi dengan banyak rempah ratus.

Ikan yang sering digunakan untuk hidangan ini adalah ikan tenggiri atau ikan merah.

5. Rendang Pucuk Ubi

Rendang Pucuk Ubi ini merupakan salah satu hidangan yang berasal dari Negeri Sembilan. Ia menggunakan daun – daun kayu serta pucuk ubi yang dimasak kering sehingga daun bertukar menjadi kering dan gelap sebelum dihidangkan.

Makanan ini juga sudah semakin sukar ditemui melainkan di Negeri Sembilan. Namun, tidak ramai yang membuatnya kerana proses penyediaannya mengambil masa yang agak lama.

6. Kerabu Kaduk

Kerabu kaduk adalah sangat popular di kalangan masyarakat Melayu. Ia menggunakan pucuk daun kaduk yang lembut serta dicampur dengan bahan – bahan lain seperti cili, udang kering, kelapa dan sebagainya.

Biasanya ia sangat popular menjelang bulan Ramadhan dan dikatakan agak susah ditemui lagi pada masa kini. Namun, ia boleh dijumpai di kawasan perkampungan kecil di pantai timur.

7. Ikan Bakar Tanah Liat

Adalah agak mustahil untuk melihat ikan dibakar menggunakan tanah liat pada masa kini. Namun, makanan ini masih dipraktikkan oleh masyarakat Melayu di negeri Perlis.

Penduduk Perlis menggunakan tanah sawah atau tanah yang diambil dari telaga untuk membalut ikan.

Setelah dibalut, ikan tersebut akan dibakar atas dan bawah sepertimana membakar kuih bahulu secara tradisional. Tanah yang membalut ikan akan merekah bagi menandakan ikan tersebut telah masak dan boleh dimakan.


Makanan tradisi masyarakat Melayu masih diteruskan hingga ke hari ini kerana permintaan terhadapnya masih tinggi.

Malah, ia sememangnya harus diteruskan supaya generasi akan datang dapat mengenali serta menikmati hidangan dari zaman nenek moyang yang kian hilang.

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago