Pernah cuba buat Sandwich Sushi? Menu kreatif tapi sangat mudah penyediaannya, jom kita tengok cara-cara nak buat.
Mesti bosan bila lauk masa tengah diet hambar je kan? Boleh kreatif dengan menghasilkan menu makanan sihat yang boleh naikkan selera dan kenyang.
Bukan sahaja hidangan ini berkhasiat, tapi rasanya juga pasti dapat meningkatkan selera sesiapa sahaja. Memang best kalau diet macam ni!
Resipi ini telah dikongsikan sendiri oleh Cik Puan Shahrul Bieha menerusi laman Facebook sehingga meraih 2.1k shares! Menariknya, resepi sandwich sushi ini diolah dengan menggunakan roti sandwich dan sangat mudah dibuat.
Bukan saja diminati di Malaysia malahan ia merupakan antara makanan wajib ada di seluruh dunia.
Nota: Ramai yang tanya nak beli seaweed dekat mana yang halal. Biasanya boleh beli dekat Aeon atau Shopee mudah nak dapat.
1. Sapu dahulu mayonis pada roti di bahagian depan dan belakang.
2. Susun roti pada seaweed yang telah dipotong dua dan lenyekkan roti tersebut untuk memudahkan rolling seperti sushi.
3. Kemudian, susun carrot, sosej dan daun salad seperti nak buat sandwich.
4. Gulungkan sandwich sushi dan boleh potong kepada 5 bahagian.
5. Boleh hiaskan dengan bahan topping mengikut kreativiti masing-masing.
Dah siap, korang dah boleh menjamu selera dan sesuai juga untuk bawa bekal.
Selamat mencuba!
Baca juga: Sushi Ikut Tekak Melayu, Ini Cara MUDAH Bagi Anak Suka Makan
Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…
Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…
Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…
Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…
Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…
Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…