makanan yang ada babi

Mari kenali makanan yang ada babi untuk mengelakkan kekeliruan di kemudian hari. Biasanya di Malaysia, kita sering mendengar gelatin sebagai salah satu nama dalam senarai bahan makanan yang diperbuat daripada kulit, tulang, atau ligamen babi.

Bahan ini telah lama menjadi perbualan, terutamanya di media sosial, di mana salah satu yang paling popular adalah gelatin yang terbuat daripada babi, yang terdapat dalam gula-gula susu arnab ini.

Baca juga: Jangan Tertipu Kedai No Pork, Chef Ini Dedah Sisi GELAP Dunia Masakan

Walau bagaimanapun, tidak semua makanan yang terdapat mengandungi babi menggunakan nama gelatin atau pork dalam senarai bahan makanan, terutamanya dalam makanan yang diimport.

Baru-baru ini, seorang pakar halal di Malaysia, Ustaz Mohd Amri, telah mendedahkan nama-nama lain yang merujuk kepada babi dalam hidangan makanan.

Mungkin terdapat beberapa istilah yang biasa kita dengar tetapi tidak sedar bahawa ia sebenarnya merujuk kepada makanan yang mengandungi daging babi. Mari kita kenali nama-nama lain hidangan yang berdasarkan daging babi.


10 ISTILAH MAKANAN YANG ADA BABI

Antara nama lain yang biasa juga kita dengari untuk merujuk kepada babi adalah seperti pig, pork, swine, hog, boar, lard, bacin, ham, sow atau sow milk. Nama-nama ini mungkin sudah mudah untuk kita tahu bahawa ianya merujuk kepada babi.

1. Nibuta

Hidangan Jepun berupa leher babi yang dimasak dengan sedikit kuah.

2. Bak Kut Teh

makanan yang ada babi

Bak kut teh bermaksud tulang babi. Bak merujuk kepada daging babi di dalam tulisan Cina. Dalam versi halal, walaupun bak kut teh ini hanya rempah sahaja, tetapi kalau dah tertulis bak kut the, ia tidak halal dimakan oleh umat Islam.

3. Bacon

Bacon adalah hirisan daging babi yang disalai. Biasanya, ia dihidangkan bersama sandwich dan kerana itu jika korang ke luar negara, hati-hati memilih makanan walaupun hanya sandwich.

4. Swine

Swine adalah isitlah lain yang dipanggil untuk menggantikan perkataan babi. Ia membawa maksud yang sama dengan hog atua pig. Dagingnya yang dimakan barulah dipanggil sebagai pork.

5. Char Siu

makanan yang ada babi.

Asal perkataan daripada bahasa Cina yang merujuk kepada daging babi panggang yang dibuat secara BBQ. Biasanya char siu ini akan berwarna kemerah-merahan atau merah muda.

6. Cu Nyuk 

Hidangan makanan Cina ini banyak terdapat di negara Indonesia dan biasanya dihidangkan bersama bubur. Ramai juga masyarakat Islam di Indonesia yang masih keliru dengan masakan ini.

7. Yakibuta

Hidangan Jepun mirip char siu, biasanya digunakan untuk toping ramen.

8. Dwaeji

Daging babi dalam bahasa Korea, biasanya digunakan sebagai varian dalam Bulgogi dan Galb.

9. Tonkatsu

Hidangan Jepun berupa hirisan daging babi yang digoreng dengan tepung panir. 

10. B2

Sebutan untuk makanan yang mengandungi daging babi di daerah Batak dan Yogyakarta, Indonesia.


Beginilah sedikit sebanyak penggunaan pelbagai istilah yang melibatkan daging babi. Terdapat banyak lagi istilah lain dalam pelbagai bahasa yang merujuk kepada hidangan daging babi ini.

Semoga perkongsian ini dapat membantu sesama Muslim untuk mengelakkan kesilapan dalam memilih hidangan, di mana pun mereka berada.

Sumber: Iluminasi

Baca juga: Jenis Kicap Yang Sesuai Untuk Kanak-kanak, Doktor Ini Kongsikan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN