Categories: Halal Travel

Elak Anak Merengek Lapar Sepanjang Travel, Sediakan 5 Makanan Ini, Barulah Si Kecil Boleh Duduk Diam!

Nak travel dengan anak-anak kena ada persediaan rapi, baik dari segi pakaian mahupun makanan. Oleh itu, penting untuk ibu bapa sediakan makanan travel untuk anak kenyang lama.

Jom kita tengok 5 jenis makanan travel yang sesuai untuk anak dan mudah dibawa. Bukan saja tahan lama, tapi juga membantu mereka kekal bertenaga dan ceria sepanjang perjalanan.

Baca juga: Travel Jauh Dengan Anak-Anak? Cuba 7 Idea Snek Halal, Sihat & Mengenyangkan Ini

5 MAKANAN TRAVEL UNTUK ANAK KENYANG SEPANJANG BERCUTI

1. Roti Sandwich Isi Padat.

Kredit gambar: mrsiraphol dari Freepik

Sandwich antara makanan paling praktikal untuk travel. Pilih roti gandum penuh (wholemeal) dan isi dengan bahan yang mengenyangkan seperti telur rebus, ayam cincang, tuna atau keju. Boleh potong kecil supaya mudah dimakan tanpa tumpah.

2. Pasta Mini Atau Mac & Cheese.

Anak-anak memang suka pasta, jadi boleh sediakan pasta mini atau makaroni cheese versi kering dan letak dalam bekas kecil bertutup rapat. Ia padat tenaga dan boleh dimakan sejuk tanpa masalah.

3. Buah Potong & Snek Kering.

Kredit gambar: stockking dari Freepik

Buah seperti epal, anggur atau pisang bukan saja segar tapi juga beri rasa kenyang semula jadi. Nak lebih mudah, boleh bawa buah kering seperti kismis atau aprikot kering. Selain tahan lama, ia juga sumber tenaga segera apabila anak lapar antara waktu makan.

4. Bebola Nasi (Onigiri atau Rice Ball).

Nasi sebenarnya boleh dijadikan snek kenyang apabila dibentuk jadi bebola kecil. Letak inti seperti ayam cincang, telur mayo atau sayur tumis, kemudian balut dengan plastik supaya mudah disuap.

5. Biskut Bijirin Atau Energy Bar.

Nak sesuatu yang cepat dan mudah, biskut bijirin atau energy bar untuk kanak-kanak juga sesuai. Pilih yang rendah gula dan kaya serat supaya tenaga anak tahan lebih lama, tak cepat lapar dan tak lesu semasa dalam perjalanan.

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Semoga bermanfaat!

Sumber: ohmybaby_malaysia

Baca juga: 10 Tempat Menarik Luar Negara Untuk Keluarga Bercuti, Banyak Aktiviti & Makanan Halal Sedap!

Aimi

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

1 day ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

1 day ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

1 day ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

1 day ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

1 day ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

1 day ago