Categories: Halal Travel

10 Makanan Sunnah & Superfood Halal Yang Sesuai Dibawa Untuk Travel, Lebih Sihat & Jimat!

Apabila travel ke luar negara, mestilah nak makan makanan halal dan sihat. Oleh itu, boleh bawa makanan sunnah dan superfood halal supaya badan kekal sihat sepanjang perjalanan.

Makanan sunnah sangat relevan pada masa kini kerana ia ringkas, penuh nutrisi dan mudah dibawa. Tambah pula dengan superfood halal dan berkhasiat, ia jadi kombinasi terbaik untuk pengembara muslim di luar negara.

Ini antara makanan sunnah dan superfood halal yang sangat berguna untuk dibawa semasa travel. Bukan saja sihat, malah boleh disimpan dalam beg tangan atau backpack saja.

Baca juga: Resipi Smoothie & Sarapan Sihat Waktu Travel, Mudah & Kenyang Lama!

10 MAKANAN SUNNAH & SUPERFOOD HALAL YANG SESUAI DIBAWA SEMASA TRAVEL

1. Kurma.

Kredit gambar: stockking dari Freepik

Kurma kaya dengan tenaga, mengenyangkan dan bagus untuk sistem pencernaan. Sesuai dimakan pada waktu pagi atau sebagai kudapan apabila perut lapar di tengah jalan.

2. Madu.

Madu bantu menguatkan imun badan, elok untuk tekak dan boleh jadi pemanis semula jadi dalam teh atau oat. Ia boleh dibawa dalam botol kecil atau sachet yang mudah.

3. Kismis.

Kismis atau buah-buahan kering seperti tin, aprikot dan prune mudah dibawa dan bantu memberi tenaga segera. Elok untuk kekal aktif sepanjang hari semasa travel.

4. Minyak Zaitun.

Minyak zaitun membantu kesihatan jantung dan tingkatkan tenaga. Boleh beli dalam pek mini atau botol bersaiz travel dan titiskan sedikit dalam salad atau dimakan bersama roti.

5. Habbatus Sauda’.

Kredit gambar” KamranAydinov dari Freepik

Sama ada dalam bentuk kapsul atau biji, ia mudah dibawa dan membantu kuatkan sistem imun. Sebutir dua cukup sebagai amalan harian ketika travel.

6. Kacang Dan Biji-bijian Campur.

Kacang dan biji-bijian campur seperti badam, pistachio dan chia seed kaya dengan protein, serat dan lemak sihat. Pilihan tepat untuk kudapan berkhasiat semasa menunggu penerbangan.

7. Granola bar atau protein bar (bersijil halal).

Kredit gambar: freepik dari Freepik

Granola bar atau protein bar boleh menjadi pengganti sarapan yang cepat dan padat nutrisi. Pilih bar yang rendah gula, tinggi serat dan bahan semula jadi.

8. Oat segera.

Ramai yang suka bawa ini ketika travel kerana mudah dengan hanya menambahkan air panas, terus boleh makan. Jika nak lebih kreatif dan menarik, boleh campur kismis atau madu.

9. Coklat hitam (dark chocolate).

Sesiapa yang suka makan coklat, pasti dark chocolate wajib masuk dalam senarai anda. Bukan saja memberi tenaga, malah ia dapat meningkatkan mood semasa travel supaya lebih seronok.

10. Serbuk minuman superfood (matcha, moringa, spirulina).

Sekarang serbuk minuman superfood seperti matcha, moringa dan spirulina sudah banyak dijual dalam bentuk sachet yang mudah dibawa. Ia sesuai untuk segarkan badan semasa travel.

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Kredit gambar muka depan: stockking, azerbaijan_stockers & rawpixel.com dari Freepik

Sumber: wellnessgoldratio.com

Baca juga: Makan Halal & ‘Eat Clean’, Ini Tips Supaya Badan Rasa Ringan & Bertenaga Semasa Travel!

Aimi

Recent Posts

Tak Buat Diet Ketat, Lelaki Ini Turun Hampir 30kg Dengan Ganti Nasi Kepada Kentang!

Seorang lelaki berusia 43 tahun dari Guangdong, China, dikenali sebagai Chen selepas berjaya turun berat…

2 hours ago

Lauk Balik Kerja Paling Senang, Ayam Cendawan Enoki Ini Memang Mengenyangkan

Selepas seharian bekerja, lauk yang tidak terlalu rumit tetapi tetap menyelerakan memang terasa lebih bermakna.…

4 hours ago

Tak Cepat Lembik, Ini Cara Menyimpan Lobak Merah Agar Tahan Hingga 4 Minggu Dalam Peti Ais

Kalau selalu beli lobak merah tetapi jarang memasak, jangan biarkan sayur ini tersimpan begitu sahaja…

4 hours ago

Suami Kongsi Resipi Nasi Goreng Isteri Paling Sedap Di Dunia, Sampai Bagi Rating 10000000/10!

Nasi goreng paling sedap bagi lelaki ini bukanlah yang dibeli di restoran, tetapi nasi goreng…

5 hours ago

Resepi Puding Buah Viral, Cute & Cepat Habis Bila Letak Atas Meja Dessert

Kalau sedang mencari resepi puding buah viral yang mudah dibuat dan nampak cantik atas meja…

6 hours ago

Resipi Kepak Ayam Bakar Air Fryer Guna 2 Bahan, Rasa Sama Macam Pizza Hut!

Kalau sedang cari resepi kepak ayam yang mudah dan tidak perlukan banyak bahan, boleh cuba…

7 hours ago