resepi smoothie

Bila melancong atau travel jauh, badan cepat rasa penat, lapar dan lesu, terutama kalau tidak sempat makan dengan betul. Sebab itu penting untuk tahu resepi smoothie dan sarapan sihat yang mudah dibawa, ringkas disediakan, tetapi tetap kenyang dan berkhasiat.

Tak perlu resipi yang rumit pun, cukup guna bahan asas seperti buah-buahan, oat, susu dan bijian. Boleh disiapkan lebih awal atau kisar cepat-cepat sebelum keluar berjalan. Yang penting, perut terisi dan tenaga kekal sepanjang jalan.

Berikut antara idea smoothie dan sarapan sihat yang sesuai dibawa ketika travel.

Baca juga: 6 Minuman Panas Sesuai Waktu Travel, Hilangkan Penat Badan & Mood Lebih Tenang

RESEPI SMOOTHIE DAN SARAPAN SIHAT WAKTU TRAVEL

1. Resepi Smoothie Pisang & Oat (Kenyang Lama)

resepi smoothie

Bahan-bahan:

  • 1 biji pisang masak
  • 3 sudu besar rolled oats
  • 1 cawan susu (susu segar, oat atau almond)
  • 1 sudu madu (jika suka)
  • 1/2 cawan ais (optional)

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan hingga halus. Simpan dalam botol tahan sejuk. Sangat sesuai diminum sebelum mulakan perjalanan, atau sebagai minuman tengah hari yang mengenyangkan.

2. Overnight Oat Coklat Chia (Bekal Sejuk Yang Sedap)

Bahan-bahan:

  • 5 sudu besar rolled oats
  • 1 sudu besar chia seed
  • 1 sudu kecil serbuk koko asli
  • 1/2 cawan susu
  • 1 sudu kecil madu
  • Hirisan pisang atau strawberi (untuk topping)

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Esok pagi, ambil saja dan terus makan! Sesuai untuk sarapan ringkas atas jalan.

3. Resepi Smoothie Mangga Yogurt (Segar & Kaya Probiotik)

resepi smoothie

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji mangga masak
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 1/2 cawan susu
  • 1 sudu kecil madu
  • Ais secukupnya

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan hingga halus. Rasanya masam manis segar, bagus untuk penghadaman terutama bila travel jauh.

4. Roti Wrap Telur & Avokado (Kenyang & Berzat)

Bahan-bahan:

  • 1 keping roti wrap/gulung
  • 1 biji telur rebus (dihiris)
  • 1/2 biji avokado (dihancurkan)
  • Daun salad atau bayam
  • Sedikit garam & lada sulah

Cara-cara:

  1. Letak semua bahan atas wrap, gulung dan potong dua. Mudah dibawa dan dimakan semasa dalam kenderaan atau tunggu penerbangan.

5. Energy Ball Kurma Kacang (Snek Mini Penuh Tenaga)

resepi smoothie

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kurma (buang biji)
  • 1/2 cawan kacang (badam, walnut atau kacang tanah)
  • 1 sudu besar oat
  • 1 sudu kecil biji chia atau biji labu

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan hingga jadi doh. Bentukkan bulat-bulat kecil dan simpan dalam bekas kedap udara. Sesuai dijadikan kudapan sihat sepanjang perjalanan.

REV Media Group melalui My Resipi, Sirap Limau, VOCKET dan Waktu Solat Malaysia memperkenalkan Halal Travel, kempen yang direka khas untuk membantu pelancong Muslim ke luar negara dengan tenang, selamat dan penuh yakin.

Ia adalah inisiatif menyeluruh yang membawakan panduan makanan halal, waktu solat & arah kiblat, tip perjalanan & keselamatan serta aktiviti ‘halal-friendly’ yang menarik.

Layari www.myresipi.com/halaltravelmy untuk maklumat lanjut.

Baca juga: 10 Fast Food Halal Di Luar Negara Yang Ramai Tak Tahu, Makan Tanpa Was-Was!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN