makanan pulau pinang

Pulau Pinang terkenal sebagai syurga makanan di Malaysia. Dari nasi kandar kuah banjir sampai pasembur kuah kacang, setiap satu mempunyai daya tarikan tersendiri.

Terbaharu, kerajaan negeri Pulau Pinang mencalonkan 10 makanan Pulau Pinang sebagai Makanan Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645].

Baca juga: Isu Video Budu Tong Hitam, Doktor Jelaskan Lapisan Putih Bukan Kulat Tapi Sebenarnya..

10 MAKANAN PULAU PINANG BAKAL DIANGKAT SEBAGAI WARISAN KEBANGSAAN, SEMUANYA KLASIK!

makanan pulau pinang

Kredit gambar: funntaste.com

Menurut Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai, antara hidangan yang akan dicalonkan ialah:

  • Nasi kandar
  • Pasembur
  • Mi udang
  • Mi sotong
  • Roti benggali
  • Char kue kak
  • Mi Hokkien
  • Mi jawa
  • Oh chien (omelet tiram)
  • Kerabu bihun

Senarai ini mewakili identiti sebenar Pulau Pinang yang penuh warna, aroma dan rasa. Senang cerita, memang susah nak jumpa di tempat lain.

USAHA LINDUNGI WARISAN RASA TEMPATAN, TURUT DIIKTIRAF DI PERINGKAT ASIA

makanan pulau pinang

Kredit gambar: Penang Foodie

Menurut Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri, Wong Hon Wai, langkah pewartaan ini penting bagi memastikan khazanah makanan tempatan terus dilindungi dan diwarisi generasi akan datang.

“Langkah pewartaan ini penting bagi memastikan warisan gastronomi Pulau Pinang yang terkenal di mata dunia terus dilindungi, dipromosi dan dimartabatkan agar dapat dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang .”

-Wong Hon Wai, Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri-

Paling menarik, Pulau Pinang baru-baru ini turut dinobatkan sebagai bandar makanan jalanan terbaik di Asia oleh platform global TimeOut. Malah, 69 restoran dan gerai negeri itu juga tersenarai dalam Panduan Michelin 2025.

Bagi memperkukuh promosi, kerajaan negeri turut merancang penganjuran Penang International Food Festival (PIFF) @ Tanjong 2025 selama enam hari di lima lokasi sekitar Georgetown.

Jadi, tak hairanlah negeri ini sememangnya layak digelar syurga makanan Asia sebagai warisan rasa yang terus membanggakan Malaysia.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: Penang Foodie, funntaste.com 

Sumber: Sinar Harian

Baca juga: Selepas Viral Sate, Giliran Nasi Lemak Pula Mendunia Di China, Ramai Beratur Panjang Nak Cuba!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN