resepi nasi kandar simple

Kadangkala kita tak perlu bahan mahal pun untuk masak sedap. Dengan bahan ringkas di rumah, anda boleh buat resepi Nasi Kandar simple yang kena dengan selera keluarga.

Di Malaysia, Nasi Kandar menjadi pilihan waktu makan tengah hari atau malam dan sangat popular di restoran mamak. Keenakan kuah campur yang unik membuatkannya disukai ramai.

Menurut perkongsian oleh Farhah Azman di Facebook, beliau hanya menggunakan bahan yang ada di dapur untuk menghasilkan resepi Nasi Kandar simple tapi sedap. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Tandoori Homemade, Sedap Dia Sebijik Macam Kedai Mamak!

RESEPI NASI KANDAR SIMPLE

resepi nasi kandar simple

Bahan-bahan nasi kuning:

Cara-cara menyediakan nasi kuning:

1. Tumis planta dengan empat sekawan dan daun pandan.

2. Masukkan kunyit dan garam.

3. Tambah beras dan air. Masak macam biasa sampai nasi gebu.

Bahan-bahan kuah kari hitam dan kuah kari mamak:

Bahan kisar:

Bahan lain:

  • Empat sekawan, serbuk kari ayam dan ikan, kicap pekat, kicap manis, garam, gula

Cara-cara menyediakan kuah kari hitam:

1. Tumis bahan kisar dan empat sekawan.

2. Masukkan serbuk kari, kemudian kicap pekat dan manis.

3. Perasakan dan masak sampai kuah pekat.

Cara-cara menyediakan kuah kari mamak:

1. Guna bahan kisar yang sama.

2. Tumis bersama empat sekawan dan serbuk kari ayam campur ikan.

3. Masak sampai naik bau dan kuah sedikit pekat.

Bahan-bahan ayam goreng berempah:

  • Bawang merah + bawang putih (kisar)
  • Pewarna makanan (jika suka)
  • Garam dan tepung

Cara-cara menyediakan ayam goreng berempah:

1. Perap ayam dan biarkan sekejap.

2. Goreng sampai garing dan wangi. Siap!

Selamat mencuba!

Sumber: Farhah Azman

Baca juga: Telur Dadar Ala Nasi Kandar, Garing Di Luar Lembut Di Dalam

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN