makan petai

Pernah tak terfikir, kenapa bila makan petai, mulut dan kencing kita akan berbau? Nak hilangkan bau itu pun ambil masa yang agak lama. Tapi bagi pencinta petai, risiko itu tak jadi masalah sebab dah memang suka.

Tapi kenapa berbau ya?

Ini Sebab Kenapa Kencing Dan Mulut Berbau Petai

makan petai

Untuk pengetahuan korang, biji petai memiliki pelbagai zat yang menyebabkan bau tak sedap seperti hexathionine, tetrathiane, trithiolane, pentathiopane, pentathiocane, dan tetrathiepane.

Baca juga: 7 Makanan Ini Mampu ‘Boost’kan Syahwat Lelaki Dan Wanita, Baru Rumahtangga Makin Berseri

Selain itu, petai juga mengandungi konsentrat asid amino yang tinggi dan menghasilkan gas metana (penghasil kentut) dalam tubuh. Korang jangan buat eksperimen pula letak api masa nak kentut lepas makan petai.

Tak pasal-pasal terbakar nanti. Dah kena panggil abang bomba pula. 

Tapi jangan risau, zat-zat yang melepaskan bau tersebut tak berbahaya pun kalau dimakan. Banyak khasiat lagi ada untuk badan korang. Tetapi, jangan terlebih makan pula, nanti mudarat pula badan itu.

Antara Khasiat Petai

Menurut Public Health Malaysia, banyak kelebihan dan khasiatnya bila memakan petai ini. Antaranya;

  • Tinggi vitamin C – tingkatkan imun badan dan antioksida
  • Kalsium – baik untuk pembentukan tulang dan gigi
  • Vitamin A – baik untuk penjagaan mata, jantung, dan kecantikan kulit 

Cara Hilangkan Bau Petai 

Ada beberapa cara untuk menghilangkan aroma menyengat dan bau lepas makan petai. Mestilah risau kalau mulut dan kencing bau petai kuat sangatkan.

Cara ini mungkin tak sepenuhnya menghilangkan aromanya, tetapi dapat mengurangkan baunya yang terlalu menyengat.

  1. Minum dan kumur menggunakan kopi.
  2. Minum susu atau yogurt.
  3. Gosok gigi dan bersihkan lidah.
  4. Guna ubat kumur penyegar nafas mulut.
  5. Makan buah citrus, untuk keluarkan lebih banyak air liur supaya dapat membilas bakteria penyebab bau mulut.
  6. Kunyah gula-gula getah.
  7. Minum teh hijau.

Harap terjawab persoalan kenapa makan petai nafas dan air kencing berbau. Semoga bermanfaat!

Sumber: My Portal Health, Hello Sehat

Baca juga: 7 Makanan Yang Kurangkan Risiko Alzheimer Macam Filem Imaginur

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN