kordial sirap

Kordial sirap ini memang penyelamat. Lagi-lagi bila musim raya atau rumah terbuka. Kita hanya perlu tambah air dan ais sahaja. Tak susah payah nak bancuh setiap kali nak tambah, semua dah siap sedia.

Nak sediakan air sirap macam biasa pun boleh, tapi kena bancuh setiap kali nak tambah air. Memang makan masa dan kadang-kadang tak cukup cepat kalau tetamu datang ramai.

Kalau nak cepat dan mudah, buat saja pati sirap ini. Simpan dalam botol atau jag, bila-bila masa nak minum tinggal tambah air dan ais sahaja. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Gabungan Air Tebu & Lemon Ini Jadi Kegilaan, Rasa Dia Memang ‘Next Level’ Masa Berbuka!

RESIPI KORDIAL SIRAP HOMEMADE

kordial sirap

Bahan-bahan:

  • 1 kg gula putih
  • 1 liter air
  • 3–4 helai daun pandan (simpul)
  • ¾ botol sirap (pilih perisa kegemaran)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan air dan gula ke dalam periuk. Tambahkan daun pandan yang telah disimpul.
  2. Didihkan air gula dengan api sederhana sambil kacau supaya gula larut sepenuhnya.
  3. Setelah gula larut dan air mendidih, kecilkan api dan masukkan sirap.
  4. Renehkan dengan api perlahan sehingga kuantiti sedikit surut dan pekat. Jangan terlalu lama, supaya sirap tak terlalu likat.
  5. Tapis air sirap untuk buang daun pandan dan buih jika ada.
  6. Biarkan sejuk, kemudian simpan dalam botol atau jag. Sedia untuk diminum begitu saja atau dicampur air sejuk.

Tip: Air sirap pekat ini boleh disimpan dalam peti sejuk sehingga 2–3 minggu. Bila nak minum, larutkan dengan air sejuk atau air soda ikut cita rasa.

Sumber: Sarah Cooks Bakes

Baca juga: Air Yogurt Strawberry Viral Tanpa Yogurt, Peniaga Kongsi ‘Rahsia’ Yang Buat Pelanggan Sanggup Tunggu Hari-Hari

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN