Categories: ArtikelHiburan

“Bagus Main Masak Masak Betul!”- Tular Sekumpulan Budak Masak Siap Boleh Makan, Ramai Terus Throwback Zaman Kecil

Kalau dulu main masak masak cuma guna pasir, daun dan ranting kayu, budak-budak sekarang memang dah lain level. Baru-baru ini, satu video yang dikongsikan oleh pengguna Threads, izyfoodandbeverage, mencuri perhatian ramai apabila memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang seronok bermain masak-masak menggunakan bahan masakan sebenar.

Lebih menarik, makanan yang dimasak bukan sekadar hiasan atau main-main, tetapi memang boleh dimakan. Tengok cara mereka memasak pun buat ramai netizen tersenyum, siap terkenang balik zaman kecil masing-masing.

Baca juga: Mi Goreng Malaysia Jadi Perhatian, Dua Pencipta Kandungan India Dipuji Berjaya Masak Dengan ‘Rasa Malaysia’!

MAIN MASAK MASAK SEKARANG MEMANG NEXT LEVEL

Dalam video itu, kanak-kanak tersebut dilihat menggunakan bahan masakan sebenar dan memasak dengan penuh semangat. Walaupun sekadar bermain, hasil masakan mereka nampak begitu meyakinkan.

Lepas siap memasak, mereka terus makan bersama-sama. Memang seronok tengok gelagat mereka yang begitu teruja menikmati hasil masakan sendiri.

RAMAI TERUS THROWBACK ZAMAN KECIL

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terus berkongsi kenangan ketika mereka kecil dahulu. Bezanya, zaman dulu main lebih banyak bergantung pada imaginasi.

Ada yang menggunakan pasir sebagai nasi, daun sebagai lauk, malah bunga pun dijadikan bahan masakan.

“Bagus korang ni main betul-betul. Dulu acik petik bunga jiran, main tumbuk je. Buat bentuk nasi, tabur sikit pasir atas tu nak bagi nampak cantik.”

Seorang lagi pula mengaku rasa berdebar melihat lesung batu yang digunakan dalam video tersebut.

“Aku dah gatal kepala tengok lesung tu. Risau terlepas.”

BUKAN SEKADAR BERMAIN, TAPI BELAJAR BERDIKARI

Selain menghiburkan, ramai juga melihat permainan ini sebagai satu aktiviti yang bagus untuk anak-anak. Menurut seorang netizen, tidak salah jika anak lelaki didedahkan dengan aktiviti memasak sejak kecil supaya lebih berdikari apabila dewasa nanti.

“Bagus didik ank lelaki kita rajin masak. Saya pun nak didik anak lelaki saya berdikari dan rajin buat kerja rumah. Bila kahwin tak adalah nak suruh bini je buat semua benda. Jom mummy didik anak kita. Kita betulkan balik apa yang tak betul.”

Ramai yang bersetuju kerana kemahiran memasak dan mengurus rumah bukan hanya untuk perempuan, tetapi berguna untuk semua.

DULU PUN MAIN MASAK MASAK BETUL-BETUL

Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka bermain menggunakan api sebenar. Kayu dikutip di sekitar rumah dijadikan bahan bakar, manakala tin susu pula dijadikan periuk.

“Zaman akak kecil-kecil dulu, memang main masak masak, masak betul. Guna kayu getah untuk dijadikan api.”

Seorang lagi netizen pula mengundang gelak apabila berkongsi kisah mereka bermain sehingga pokok pisang nenek terbakar.

“Dulu main masak masak betul. Masak nasi dalam tin susu lauk ikan masin bakar. Api manual hidupkan guna kayu-kayu. Main masak masak bawah pokok pisang sampai terbakarlah pokok pisang nenek.”

TENGOK VIDEO NI TERUS RINDU ZAMAN BUDAK-BUDAK

Walaupun zaman sudah berubah, permainan memasak masih kekal menjadi antara aktiviti yang paling dekat dengan dunia kanak-kanak.

Bezanya, kalau dulu semuanya sekadar menggunakan imaginasi dan apa yang ada di sekeliling rumah, sekarang ramai ibu bapa memberi peluang kepada anak-anak mengenali bahan masakan sebenar dalam suasana yang lebih selamat.

Tak hairanlah video ini membuatkan ramai tersenyum. Bukan saja terhibur melihat gelagat comel anak-anak, malah ramai yang terus terkenang kembali memori indah bermain ketika zaman kecil dulu.

Semoga bermanfaat!

Sumber: izyfoodandbeverage

Baca juga: Udang Karang Buat Ramai Terhibur, Selamba Angkat Baju Yang Jatuh Dari Balkoni Rumah

Aimi

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago