cara turun berat badan

Cara turun berat badan sering dikaitkan dengan diet ketat dan terpaksa meninggalkan makanan kegemaran. Namun, seorang lelaki membuktikan bahawa anda masih boleh menikmati makanan di kedai mamak tanpa menjejaskan usaha untuk mendapatkan berat badan yang lebih sihat.

Perkongsian yang dibuat menerusi sebuah video di YouTube ini menarik perhatian ramai apabila lelaki tersebut berjaya menurunkan sebanyak 34 kilogram hanya dengan mengubah cara dia membuat pesanan makanan setiap kali makan di mamak.

Baca juga: Durian Musang King Malaysia Dipuji ‘Perfecto’, Lelaki Ini Akui Versi Indonesia Masih Belum Mampu Tandinginya

CARA TURUN BERAT BADAN BERMULA SELEPAS BERAT CECAH 130KG

cara turun berat badan

Menurut Jordan Chia, berat badannya pernah mencecah sehingga 130 kilogram suatu ketika dahulu. Ketika itu, menu kegemarannya di mamak terdiri daripada mi segera goreng ayam saiz double, roti telur dan minuman malt coklat ais kaw.

Katanya, makanan tersebut menjadi rutin hampir setiap hari sehingga berat badannya semakin meningkat tanpa disedari.

Keadaan menjadi lebih serius apabila dia pernah terjaga dari tidur kerana mengalami kesukaran bernafas. Sejak itu, dia mula sedar bahawa perubahan perlu dilakukan demi kesihatan diri.

BUKAN KEDAI MAMAK YANG JADI PUNCA

Apa yang menarik, Jordan tidak berhenti makan di mamak walaupun sedang berusaha menurunkan berat badan.

Sebaliknya, dia hanya menukar pilihan makanan kepada menu yang lebih seimbang dan sesuai dengan matlamat kesihatannya.

Menurutnya, ramai orang menyalahkan kedai mamak apabila berat badan naik sedangkan punca sebenar selalunya datang daripada pilihan makanan dan minuman yang dipesan.

TUKAR ROTI CANAI KEPADA TOSAI

Antara menu yang sering menjadi pilihannya sekarang ialah tosai bersama kuah dal.

Menurut Jordan, tosai menggunakan minyak yang lebih sedikit berbanding roti canai dan mampu membuatkan perut kenyang lebih lama.

Malah, setiap kali membuat pesanan, dia juga akan meminta supaya makanan tersebut dimasak dengan kurang minyak.

Walaupun nampak seperti perubahan kecil, tabiat ini membantu mengurangkan pengambilan kalori secara konsisten.

PILIH AYAM TANDOORI SEBAGAI SUMBER PROTEIN

Selain tosai, Jordan turut memilih ayam tandoori sebagai sumber protein tambahan.

Katanya, bahagian dada ayam menjadi pilihan kerana lebih tinggi protein serta rendah lemak berbanding kebanyakan menu lain.

Pengambilan protein yang mencukupi juga membantu memberikan rasa kenyang lebih lama dan mengurangkan keinginan untuk makan secara berlebihan.

CARA TURUN BERAT BADAN TURUT BERGANTUNG PADA PILIHAN MINUMAN

Ramai memberi tumpuan kepada makanan tetapi terlupa bahawa minuman juga boleh menyumbang jumlah kalori yang tinggi.

Minuman seperti teh tarik, Milo ais, kopi manis dan minuman berkrim sering menjadi antara punca pengambilan kalori berlebihan tanpa disedari.

Disebabkan itu, Jordan memilih untuk memesan Teh O ais kosong setiap kali makan di mamak.

Tanpa gula dan tanpa susu, minuman tersebut membantunya mengawal pengambilan kalori harian dengan lebih baik.

PERUBAHAN KECIL YANG MEMBERI HASIL BESAR

cara turun berat badan

Perkongsian Jordan membuktikan bahawa menurunkan berat badan tidak semestinya memerlukan perubahan yang drastik atau menghapuskan terus makanan kegemaran.

Kadangkala, perubahan kecil seperti memilih makanan yang lebih seimbang, mengurangkan minyak dan mengelakkan minuman manis sudah mampu memberikan kesan yang besar jika dilakukan secara konsisten.

Hasil daripada perubahan tersebut, Jordan berjaya menurunkan sebanyak 34 kilogram dan menjadikan dirinya lebih sihat berbanding sebelum ini.

Jika anda sering makan di luar, terutama di kedai mamak, mungkin tip yang dikongsikan ini boleh menjadi inspirasi untuk memulakan perubahan kecil yang memberi manfaat besar kepada kesihatan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Jordan Chia

Baca juga: Menantu Mat Salleh ‘All Out’ Sediakan Sarapan Ala Kopitiam Buat Mak Mentua, Netizen Pun Terharu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN